Saturday 25 January 2014

BAB 2

AFRINA membuka matanya perlahan saat penggera telefon bimbitnya berbunyi.Tangannya meraba-raba atas meja kecil di tepi katil.Mencari telefonnya dalam keadaan mamai. Afrina kemudian mengangkat telefonnya dan dimatikan peggeranya. Sekilas waktu diskrin sentuh telefonnya dipandang. Jam menunujukkan pukul lima lima puluh tujuh minit pagi.Afrina menguap lalu segera ditekup mulutnya menggunakan belakang tapak tangan kirinya. Mata Afrina masih terasa berat. Namun cuba digagahkan juga untuk mandi dan bersolat.Selimut yang menutupi hampir seluruh tubuhnya dialihkan. Perlahan Afrina turun dari katil hinggalah kakinya mencecah lantai. Rambut Afrina yang ikal dan panjang itu kemudian dikumpulkan dalam satu genggaman. Ingin disanggulnya. Dalam keadaan sedikit mamai keadaan seluruh bilik diperhatikannya. Matanya tiba-tiba terbeliak.Dahinya tiba-tiba berkerut.

“YA ALLAH! Ni kan bilik Ariz?! Macam manalah aku boleh tak bertudung!”

Wajah Afrina berubah cemas serta-merta. Afrina segera meraba-raba seluruh katil dan diselongkarnya untuk mencari tudungnya. Mata Afrina kemudian tertancap pada tuala mandinya. Secepat mungkin tuala itu diambilnya dan menutupi rambutnya. Afrina kemudian memandang pantas ke sekeliling kamar dengan nafas turun naik tanpa henti. Mencari batang tubuh seseorang.Afrina mencebik. Baru dia teringat, sejak malam tadi Ariz tidak masuk ke kamar ini. Hati Afrina mulai merasa sedih. Pertama kali dalam sejarah ada pasangan pengantin yang tidak tidur sebilik pada malam pertama! Afrina kemudian mengeluh lemah. Situasinya lain. Afrina kemudian mengerutkan dahinya.

“Kalau Ariz tak tidur kat bilik ni? Dia tidur kat mana ya?”

Soal Afrina sendiri. Afrina kemudian tersenyum tawar.

“Biarlah dia. Siapalah aku nak tahu…”

Afrina kemudian mengeluh lemah. Nada suaranya seakan menyindir dirinya sendiri.
Afrina mengalihkan lembut tuala mandinya dari atas kepalanya. Kemudian dia meletakkannya di atas katil. Katil bekas tidurnya yang bersepah di pandang agak lama.Dahinya kemudian dikerutkan. Reaksi wajahnya kelihatan kehairanan.

“Aku tidur kat atas katil ke malam tadi?”

Soal Afrina kehairanan. Soalan bodoh sebenarnya! Jelas kali tadi dia bangun dari katil, mestilah tidur di atas katil!

“Setahu aku, malam tadi aku duduk kat atas sofa tu.Waktu tu, aku kan tengah tunggu Ariz…”

Jari telunjuk Afrina diunjukkan ke arah sofa panjang di penjuru bilik yang membelakangkan Afrina. Nada suara Afrina hambar saat nama Ariz disebut. Ya, memang dia tunggu Ariz! Afrina kemudian mencebik.

“Kalau tertidur kat atas sofa pun, tak mungkinlah aku boleh ada kat atas katil. Mesti aku memang tidur kat atas katil! Mana lah tahu aku tunggu dia tapi aku dah letih. So aku naik katil and masuk tidur”

Jari Afrina telunjuk Afrina dimain-mainkannya.Matanya kemudian memandang ke atas. Pandang apa pun tak tahulah!

Afrina mencebik lagi. Buat apalah perkara kecil terlalu difikirkannya? Kepalanya kemudian digeleng-gelengkan. Afrina kemudian mengambil tualanya semula dari atas katil dan melangkah menuju ke bilik air.

Langkah Afrina tiba-tiba sahaja mati saat dia terdengarkan bunyi telefon bimbit bordering. Kemudian Afrina menoleh perlahan ke belakang. Bukan telefon bimbitnya. Bunyi telefon bimbit bordering itu datang dari arah meja kopi di sudut kamar yang terletak berhampiran dengan sofa panjang di sudut kamar. Kelihatan telefon bimbit besar berwarna putih itu bergetar di atas meja kopi tersebut.Nada deringnya tidak henti berbunyi.

“Telefon siapa pulak tu?”

Soal Afrina kehairanan. Hati Afrina seakan tertarik-tarik untuk melihat telefon bimbit tersebut. Perlahan Afrina melangkah ke arah meja kopi tersebut. Niatnya untuk ke bilik air terbantut seketika. Sebaik sahaja sampai berhampiran meja kopi tersebut, Afrina segera mencapai telefon bimbit tersebut. Afrina memandang skrin telefon itu sambil mengerutkan sedikit dahinya.

“La , alarm rupanya?”

Afrina kemudian tersenyum leret. Penggera telefon itu segera dimatikan. Afrina kemudian membelek-belek telefon bimbit berskrin sentuh itu. Keningnya terangkat sebelah.

“Ini macam telefon…”

Afrina kemudian membeliakkan sedikit matanya.

“Ariz??”

Afrina terkedu. Macam mana telefon bimbit Ariz boleh berada di sini? Soal Afrina agak cemas di dalam hati. Tiba-tiba Afrina terdengar suara seseorang seakan bernafas perlahan di belakangnya. Afrina menoleh perlahan ke arah belakang lagi.
Hampir terlepas telefon bimbit Ariz dari tangan Afrina. Afrina terkejut besar melihatkan Ariz sedang lena tidur di atas sofa dengan hanya berbantalkan sebiji bantal. Afrina memandang Ariz tanpa berkelip. Wajah Afrina pucat lesi. Nampaknya malam tadi tubuh Afrina memang telah dialihkan seseorang. Dan seseorang itu kemungkinan besar Ariz! Adakah Ariz? Soal Afrina tidak henti di dalam hati. Wajah Afrina mula merona kemerahan. Namun hatinya tiba-tiba sahaja terasa sebak. Sama ada Ariz yang mengalihkannya atau tidak, mengapa seorang suami harus tidur di sini? Bisik Afrina sayu di dalam hati. Rasa bersalah mulai menyerbu hatinya. Sedang Afrina tidur lena di atas tilam yang empuk, suaminya sendiri pula tidur di atas sofa yang sememangnya tidak selesa. Jelas sekali Ariz memang seorang yang bertanggungjawab dan menghormati situasi mereka sekarang.Iaitu dengan tidak mencuba untuk tidur di sebelahnya.Meskipun memang Afrina adalah isterinya yang sah.Tetapi, bukan kerana kerelaan. Ya, Ariz memang menghormatinya. Sejak dari dulu lagi, sifat budiman Ariz tidak pernah berubah.

Sofa yang tidak sama panjang dengan ketinggian tubuh Ariz memaksanya untuk mengerekotkan sedikit tubuhnya. Jelas sekali yang Ariz tidur dengan tidak selesa! Keadaan Ariz yang sebegitu membuatkan hati Afrina terasa sebak. Sampai bilakah keadaan mereka akan berlarutan sebegini? Sehingga bercerai? Jadi apa maksudnya ikatan suami isteri buat mereka? Persoalan demi persoalan timbul di dalam hati Afrina. Perlahan-lahan Afrina melutut di hadapan Ariz yang sedang lena. Mata Afrina mulai berkaca.

"YA ALLAH, begitu mulianya gelaran seorang suami saat mengasihi seorang isteri. Tapi bagaimana pula dengan situasi kami? Adakah aku ni dikasihi, atau dikasihani? Adakah masih mulia gelaran si suami itu?"

Luah Afrina sendiri lemah. Nada suaranya agak sebak. Wajah Ariz yang lena dipandang sayu. Afrina mengetap bibirnya. Afrina segera berdiri tegak. Nafasnya tertahan-tahan.

“Tak Afrina, kau harus sedar. Yang Ariz hanya kasihankan kau. Lagipun siapalah kau di hatinya? Mungkin hanyalah seorang teman? Walaupun status kau sebagai isterinya, namun itu hanyalah di atas kertas? Dan hatinya takkan mungkin berubah…buat kau…”

Afrina cuba menyedarkan dirinya akan keadaan diri mereka. Kenapa aku mengharap dia untuk menyimpan hati aku dihatinya?? Afrina menyoal sediri dirinya. Jangan kata yang aku sudah jatuh cinta dengan dia dalam masa sebegitu singkat?? Ah ! Tak mungkin! Afrina menafi isi hatinya sendiri. Wajah Ariz ditatap lagi. Perasaan Afrina di saat itu sungguh serabut!

Tubuh Ariz tiba-tiba bergerak. Membuatkan Afrina sedikit tersentak. Secara drastik Afrina mengundurkan dirinya ke belakang. Ariz kelihatan sedang merapatkan lagi tubuhnya.Kemudian Ariz berpeluk tubuh. Ariz seakan kesejukan. Hati Afrina merasa sayu. Afrina kemudian segera berjalan ke arah katil untuk mendapatkan selimut. Ya! Selimut untuk Ariz. Dengan rasa sedikit segan, tubuh Ariz diselimutkan perlahan hingga ke hujung kakinya. Afrina kemudian memandang wajah Ariz kesekian kalinya. Ditatap penuh makna. Sekuntum senyuman secara spontan terbit di bibir Afrina. Wajah Ariz sungguh kacak! Tak kira bagaimana sekalipun raut wajah Ariz berubah-ubah. Namun tidak mengganggu kekacakan wajahnya! Tangan Afrina seakan gatal untuk menyentuh ubun-ubun rambut Ariz yang perang asli itu! Mata Afrina menjelajah seluruh wajah Ariz. Setiap inci diperhatikannya. Ah! Sungguh kacak! Afrina tersenyum memanjang sambil itu tangannya bergerak perlahan untuk menyentuh ubun-ubun Ariz. Tiba-tiba pergerakan tangan Afrina mati. Senyuman di bibirnya hilang serta-merta. Afrina menggigit bibirnya. Wajahnya mula berubah rona.

“Apa yang aku cuba buat?”

Soal Afrina sendiri seakan takut. Tapak tangannya yang sebentar tadi ingin menyentuh ubun-ubun Ariz dipandang agak lama.Menggigil. Dahi Afrina dikerut-kerutkan. Dada Afrina merasa sebak. Sudah tidak dapat ditahan air matanya lagi. Setitis air mata mengalir dari tubir mata Afrina.

“Adakah aku dah mula sayangkan dia?? Dalam masa… masa sebegitu singkat ini?”

Soal Afrina sendiri tergagap-gagap. Tubuhnya seakan menggigil.
Dengan langkah longlai Afrina menuju ke bilik air. Afrina seakan orang yang bingung akan perasaan dirinya sendiri.

“Tak mungkin .”

Ucap Afrina separuh berbisik. Pintu bilik air ditutup perlahan. Afrina kemudian bersandar padanya. Matanya kemudian dipejam rapat. Air liurnya ditelan. Tak mungkin!!! Jerit Afrina di dalam hati. Air matanya kemudian mengalir. Setitis demi setitis.

“APA sebenarnya dah jadi pada Raz aunty??”

Soal Aireen dengan nada sebak.Mata Aireen sembap kerana terlalu banyak menangis sejak tadi. Setelah dimaklumkan akan keadaan Firaz pagi tadi, Aireen tanpa menunggu masa segera ke rumah Firaz.Wajah Datin Rozita dipandang penuh berharap. Inginkan penjelasan! Sambil itu, wajah Firaz yang lena dipandang sebak.Ditambah lagi tangan kiri Firaz yang berbalut kemas.Setitis air mata mengalir di pipi Aireen. Datin Rozita hanya memandang sayu wajah Aireen.

“Aunty pun tak tahu Reen. Tapi selepas aje Raz angkat panggilan kamu malam tadi, dia terus jadi begini”

Ujar Datin Rozita lemah. Sebenarnya dia tidak ingin memberitahu Aireen yang Firaz menjadi sedemikian kerana telah mengetahui yang Afrina telah bernikah. Dan pada malam tadi juga,barulah Datin Rozita tahu yang anaknya mencintai Afrina.Sungguh! Firaz tidak henti meracau menyebut nama Afrina malam tadi sewaktu doktor membalut luka di tangannya.Setiap desahan nafas Firaz hanya menyebut nama Afrina.Sehingga Firaz lena. Datin Rozita hanya mampu melihat anaknya menderita. Sudah tiada gunanya lagi untuk mencintai Afrina. Saat Afrina telah menjadi milik yang lain.Datin Rozita hanya risau jika Aireen mengetahui perkara yang sebenar. Sudah pasti hubungan persahabatn Aireen dan Afrina akan putus! Dan hati Aireen pastinya hancur berkecai.Datin Rozita agak hairan. Mengapa Firaz ingin bertunang dengan Aireen? Padahal hatinya bersama Afrina? Ataupun Firaz sememangnya merahsiakan yang dia bakal bertunang dengan Aireen daripada Afrina? Untuk apa? Dan adakah Afrina tahu yang Aireen bakal tunangnya Firaz? Tapi Afrina sengaja buat tidak tahu dan mencintai Firaz? Ah! Tak mungkin Afrina sebegitu rupa orangnya! Lagipun Afrina muncul saat Firaz dan Aireen bakal bertunang.Afrina seakan baru sahaja muncul dalam hidup mereka.Tapi bagaimana dengan masa yang begitu singkat, Firaz bisa mencintai Afrina?Adakah masa lalu mempengaruhi cinta mereka? Datin Rozita kemudian mengeluh lemah.Wajah lesu dan pucat Firaz dipandang sayu. Hati seorang ibu mana yang tak sedih melihatkan keadaan anaknya sebegitu?

“Tapi Reen tak cakap apa-apa pun pada Raz. Reen Cuma cerita yang Afrina dah bernikah. Tu aje… Lepas tu, tiba-tiba panggilan terputus. Aireen tak faham lah aunty!”

Terang Aireen dengan nada yang sebak dan suara yang agak serak.Dahinya dikerutkann. Hatinya masih tertanya-tanya bagaimana Firaz boleh menjadi sebegitu? Datin Rozita hanya mengeluh lemah. Memikirkan apa yang harus dikatakan kepada Aireen. Yang pasti jawapannya selamat!

“Sabar ya Reen? Aunty lagilah tak faham.”

Bohong Datin Rozita gagap. Wajahnya dikerutkan sedikit. Bahu Aireen kemudian diusap lembut. Aireen hanya membisu. Matanya tidak putus memandang wajah Firaz yang lena.Kenapa you boleh jadi macam ni Raz?? Kenapa?? Soal Aireen tidak henti di dalam hati. Air matanya mengalir lagi. Wajahnya sudah kemerahan.

“Dah lah Reen. Reen kenalah sabar dulu. Nanti bila Raz dah bangun, Reen tanyalah Raz sendiri ya? Tapi janganlah terlalu memaksa. Bagi Raz bertenang dan berehat dulu. Mungkin dia perlukan sedikit masa.Reen sabar ya?”

Datin Rozita memujuk Aireen. Agak lama barulah Aireen mengangguk perlahan. Bahu Aireen masih diusap Datin Rozita lembut. Kemudian dihentikan usapannya pada bahu Aireen perlahan. Dahi Aireen kemudian dikucup kasih. Seakan kasih seorang ibu.Cuba menenangkan hati Airee. Aireen hanya tersenyum hambar.

“Reen tunggu sekejap ya? Aunty nak turun nak minta si Lastri buatkan Reen air. Kasihan Reen dari datang tadi tak minum apa-apa.”

Datin Rozita kemudian tersenyum manis memandang Aireen. Aireen mengerutkan dahinya
.
“Ehh tak payah susah-susah lah aunty!”

Larang Aireen. Tangan Datin Rozita dipegangnya lembut.

“Apa pulak susahnya? Aunty Cuma suruh Lastri buat aje.Bukannya aunty yang buat. Menyuruh bukannya susah kan? Lagipun aunty kan bos? Bos mana buat air? Kan?”
Tegah Datin Rozita sambil bergurau.Datin Rozita kemudian ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri.Aireen hanya tersenyum leret. Rasa sedihnya akan keadaan diri Firaz di saat itu masih membelenggu dirinya.

“Okay lah Aireen tunggu kat sini ya? Sambil tu tolong tengokkan Firaz tau? Aunty turun kejap aje”

Aireen mengangguk perlahan.Datin Rozita kemudian berlalu pergi. Sekuntum senyuman manis sempat diberikan kepada Aireen.Aireen membalas.Kemudian pintu kamar ditarik Datin Rozita perlahan.Tertutup rapat. Datin Rozita kemudian mengeluh lemah kesekian kalinya.

“Ya ALLAH, ENGKAU tabahkanlah hati Firaz anakku dengan segala ketentuan MU.Dan ENGKAU kuatkanlah semangat Aireen untuk mengetahui kebenaran yang sememangnya amatlah pahit buat dirinya.Amin. ”

Doa Datin Rozita. Bibirnya diketap.

“Lastri! Oh Lastri!”

Kemudian panggil Datin Rozita seraya beredar.

Aireen menarik kerusi dipenjuru kamar lalu diletakkan berhampiran katil Firaz. Perlahan Aireen menghenyakkan punggungnya di atas kerusi tersebut. Wajah Firaz ditatap agak lama. Sayu. Mata Aireen mula berkaca.

“What happened to you Raz?”

Soal Aireen lemah. Tangan Firaz kemudian ditarik lembut dan digenggamnya erat.

“Apa yang I salah cakap kat you sampaikan you jadi macam ni?”

Nafas Aireen tertahan-tahan. Setitis air mata mengalir dari tubir mata Aireen. Firaz masih lena.

“You tahukan yang I cintakan you? I perlukan you?”

Tangan Firaz semakin digenggam erat. Aireen pura-pura tersenyum. Air matanya mengalir lagi.

“Wake up Raz… please…”

Rayu Aireen sayu.Matanya berkaca.Tangan Firaz yang berada digenggamannya diusap lembut. Aireen kemudian menundukkan wajahnya.Aireen sudah tidak dapat mengawal rasa sebak di dadanya. Aireen menangis teresak-esak.Di sisi Firaz.

“MENANTU mummy awal bangun?”

Tegur Datin Musfirah ramah sambil tersenyum cukup manis.Mereka bertembung secara tidak sengaja di hadapan anak tangga saat Datin Musfirah keluar dari kamarnya. Afrina sedikit terperanjat. Sejak keluar dari biliknya tadi dia hanya termenung. Memikirkan tentang Ariz. Afrina sebenarnya tidak ingin keluar dari kamarnya kerana masih merasa segan dengan ‘keluarga’ barunya itu. Namun kerana Ariz masih tidur di dalam bilik,membuatkan Afrina merasa malu dan tidak selesa.Disamping hatinya tidak henti bermain dengan perasaannya sendiri. Lebih baik turun ke tigkat bawah daripada terjun dari balkoni biliknya semata-mata untuk mengelakkan dirinya daripada Ariz.Akur Afrina. Hatinya serabut!

“Err Datin?”

Afrina sedikit tergagap. Lalu tangan mertuanya segera disalami dan dikucup.Afrina sungguh bersopan-santun.Datin Musfirah tersenyum manis.Sifat Afrina membuatkan hatinya bertambah sayang dengan menantunya itu.Datin Musfirah kemudian mengerutkan sedikit dahinya. Perkataan datin membuatkan dia merasa agak janggal bila disebut menantu barunya itu.

“Kenapa nak ber datin-datin dengan mummy ni? Afrina kan sekarang dah menjadi menantu mummy? Panggil mummy aje”

Tegur Datin Musfirah dengan senyuman yang masih tak lekang di bibir. Afrina hanya tersenyum tawar.Lalu mengangguk perlahan. Meskipun dia tersentak sedikit.

“Walaupun situasi kita agak berbeza Afrina. Tapi ianya tak menghalang kita untuk menjadi mertua dan menantu yang normal macam orang lain kan?”

Datin Musfirah memandang dalam-dalam anak mata Afrina.Afrina akur. Dia hanya tersenyum tawar. Ya, alangkah bagus jika kehidupannya berumah tangga adalah sama seperti orang lain. Huh, status isteri A.K.A isteri bidan terjun ? Mengharapkan kehidupan berumah tangga yang normal? Memang taklah! Tapi tak salahkan cuba menjadikannya kelihatan normal? Afrina kemudian tersenyum manis memandang Datin Musfirah.

“Ya dat… maksud saya mummy?”

Tergagap Afrina berkata. Nampaknya kena berlatih depan cerminlah hari-hari! Afrina tersenyum manis memandang mertuanya. Datin Musfirah tersenyum puas.

“Macam tu lah menantu mummy”

Puji Datin Musfirah sambil mengusap lembut bahu Afrina. Wajah cantik Afrina ditatap agak lama. Ya, memang tidak dinafikan yang menantunya sungguh cantik! Malah jauh lebih cantik dari Izleen. Hidungnya mancung, bibirnya merah bak delima merekah. Kulitnya putih gebu. Sungguh bertuah dia mendapat menantu seperti Afrina.Lebih-lebih lagi Ariz yang beristerikan Afrina! Namun begitu, hatinya diserbu rasa bersalah. Afrina tidak seharusnya menjadi isteri Ariz secara terpaksa? Datin Musfirah merancang untuk tidak terus menceraikan Ariz dan Afrina.Baginya dia akan meneruskan hubungan mereka. Cinta selepas bernikah bukankah lebih baik? Dan semestinya lebih indah. Tapi adakah Ariz dan Afrina akan bersetuju? Datin Musfirah mengeluh lemah. Jika Ariz tidak bersetuju, dia akan memaksa! Bagaimana pula dengan Afrina?

“Mummy??”

Lamunan Datin Musfirah terhenti saat mendengar Afrina memanggilnya lembut. Afrina kemudian tersenyum.

“Mummy okay ke tak?”

Soal Afrina kehairanan. Datin Musfirah hanya membisu sedari tadi. Datin Musfirah sedikit kaget.

“Err mummy okay aje lah. Err jomlah turun bawah. Kita breakfast? “

Datin Musfirah tergagap-gagap. Afrina hanya tersenyum sambil mengangguk.Masing-masing mulai melangkah menuruni anak tangga.

“Ariz mana ya Afrina? Takkan lah tak bangun lagi?”

Soal Datin Musfirah hairan.Kepalanya ditolehkan ke belakang.Memandang pintu kamar Ariz yang masih tertutup rapat. Untung Ariz masuk ke kamarnya. Puas dia memujuk anaknya itu. Akhirnya Ariz akur juga. Dia melakukan sedemikian demi menjaga hati Afrina. Pengantin baru manalah yang tidak berkecil hati saat pasangan mereka tidak tidur sebilik dengan mereka? Lebih-lebih lagi di malam pertama? Afrina terkedu. Sewaktu dia keluar dari kamar tadi, Ariz masih tertidur lena. Niatnya ingin membangunkan Ariz untuk bersolat subuh tadi terbantut saat melihat Ariz yang tertidur lena. Mungkin keletihan?

“Tadi dia dah bangun time Afrina keluar dari bilik tadi. Mungkin dia tengah mandi kut, mummy?”

Bohong Afrina teragak-agak. Datin Musfirah hanya tersenyum sungging.

“Oh macam tu? Tak apalah Afrina. Nanti dia turun lah tu”

Datin Musfirah hanya mengangguk.Dia faham akan situasi Afrina kini. Mereka semestinya bukan tidur sekatil.Sebab itulah tidak bangun sekali. Datin Musfirah mengeluh. Afrina hanya membisu.Bibirnya menerbitkan senyuman plastik.

ARIZ membuka matanya perlahan. Keadaan di sekeliling kamar diperhatikannya. Matanya kemudian melirik ke arah katil biliknya yang telahpun berkemas. Batang tubuh Afrina tidak kelihatan. Sudah pasti dia berada di tingkat bawah. Ah! Peduli apa aku! Gumam Ariz di dalam hati.Menafikan kata-kata hatinya. Ariz kemudian bangun dari baringannya. Ariz mengeliatkan tubuhnya.Mulutnya ditekup menggunakan belakang tapak tangan kirinya saat dia menguap. Selimut tebal yang berada di atas tubuhnya dialihkan ke tepi. Ariz kemudian terkedu. Matanya kemudian tertancap ke arah selimut yang berada di sebelahnya. Selimut tersebut segera diangkatnya lalu dibelek.

“Dari mana datangnya selimut ni??”

Soal Ariz kehairanan sendiri. Setahunya, selimut inilah yang digunakannya untuk menyelimutkan tubuh Afrina malam tadi. Ya! Selimut tebal inilah yang digunakannya! Dahi Ariz kemudian berkerut seribut. Bagaimana selimut yang menyelimuti tubuh Afrina boleh beralih ke tubuhnya. Ariz kemudian tersenyum sendiri. Adakah Afrina yang menyelimutkan selimut ini pada tubuh aku? Bisik hati Ariz. Ariz kemudian tersenyum memnjang. Tiba-tiba wajahnya berkerut . Selimut tebal yang berada di tangannya kemudian dicampaknya ke atas lantai.

“Kau ni dah kenapa Ariz? Jangan kata yang kau… dah sayangkan dia?”

Ariz tergagap-gagap. Kemudian dia segera berdiri tegak.Wajahnya mula berubah bengis.

“Tak Ariz… kau kena tahu. Setiap orang yang kau sayang, selalunya akan menyakitkan hati kau! Macam…”

Kata-kata Ariz kemudian putus. Izleen… Sambung Ariz di dalam hati. Bibirnya kemudian diketap kuat. Ariz mencebik. Dengan langkah kasar, Ariz melangkah menuju ke bilik air.

“ASSALAMUALAIKUM Mak Nah. Ada apa-apa yang Afrina boleh tolong?”

Sapa Afrina ramah.

“Ehh Afrina?? Waalaikumussalam! Tolong? Tak payahlah Afrina. Semua ni memang kerja Mak Nah.”

Larang Mak Nah.Nada suaranya agak kaget dengan kemunculan Afrina secara tiba-tiba.Tangan tuanya itu laju memasak.Mak Nah, tukang masak yang sudah berkerja di rumah Ariz hampir tiga tahun itu hanya mengukirkan senyuman manis. Sekali-sekala wajah cantik Afrina dikerlingnya. Afrina hanya mengangguk sambil membalas senyuman Mak Nah.Manis.

“Mak Nah masak apa tu?”

Soal Afrina lagi sambil menjengah ke dalam kuali.

“Masak nasi goreng, Afrina.Buat sarapan sekejap lagi”

Jawab Mak Nah dengan senyuman tak lekang di bibir.Afrina hanya sambil bibirnya menguntum senyuman. Matanya tidak putus melihat setiap pergerakan Mak Nah.

“Baunya sedap sangat ni Mak Nah!”

Puji Afrina sambil mengerling ke arah Mak Nah.Mak Nah hanya tersengih.Kembang bila dipuji.

“Yeke? Tu baru bau, belum rasanya lagi.”

Pandai juga Mak Nah berseloroh.Menceriakan suasana pagi.Afrina hanya tersenyum.Kepalanya mengangguk laju.

“Kalau macam tu, bila dah siap nanti,tambahlah dua tiga pinggan Afrina?”

Saran Mak Nah sambil tersenyum. Afrina mengerutkan dahinya.

“Dua tiga pinggan Mak Nah? Emm naik nanti berat badan Afrina.Naiknya bukan setiap minggu, tapi setiap hari! Iyalah hari-hari makan masakan Mak Nah yang sedap tu!”

Afrina menyambut saranan Mak Nah secara terbuka.Sambil itu ada juga pujian dan gurauan terselit di dalam kata-kata Afrina. Mak Nah hanya tertawa kecil. Afrina sememangnya ramah orangnya.Kerana itulah dia mudah mengenali Afrina.Hanya sekali sahaja bertegur dengannya, Afrina mudah sahaja merapatkan hubungan mereka.

“Baguslah tu, nanti badan dia mesti tembam macam Mak Nah ni. Badan tembam ni bukan biasa-biasa tau! Menarik gitu!”

Mak Nah masih pula yang bergurau.Sambil itu Mak Nah bercekak pinggang seperti model untuk menjadikan gurauannya. Afrina sudah ketawa mengekek melihat gelagat mencuit hati Mak Nah. Nasi goreng di dalam periuk sudah pun selesai dimasak.Mak Nah mematikan dapur gas. Kemudian Mak Nah memusingkan tubuhnya menghadap Afrina.Mak Nah tersenyum manis.Menampakkan barisan giginya yang tersusun dan belum dimakan dek ulat. Afrina masih ketawa.

“Mak Nah ni. Ada pulak macam tu? Mak Nah tak apalah badan tembam.Mak Nah kan comel? Afrina pulak nanti tak lawalah!”

Ujar Afrina dengan ketawa yang masih bersisa. Mak Nah hanya tersengih bila dipuji Afrina begitu. Mak Nah kemudian mencari akal. Ingin mengusik Afrina .Untuk menggamatkan lagi suasana ceria mereka. Apa nak dibuatnya lagi? Kerja memasaknya sudah pun selesai.Masakannya hanya perlu dipindahkan ke mangkuk dan dihidangkan sahaja lagi.Mak Nah kemudian tersenyum nakal.

“Apa pulak tak lawanya? Nanti Encik Ariz sukalah! Iyalah, badan tembam Afrina ni nanti, sedaplah dipeluknya waktu tidur. Gantikan bantal-bantal kat bilik Encik Ariz tu! Bertambah romantiklah hubungan suami isteri Afrina dan Encik Ariz nanti!”

Mak Nah kemudian ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Afrina terkedu. Wajahnya mulai merona kemerahan. Mak Nah hanya tersenyum memandang Afrina.Dari tafsiran wajah Afrina sahaja,Mak Nah sudah tahu yang Afrina merasa malu. Afrina dan Mak Nah kemudian bertentang mata. Mak Nah tersenyum nakal lagi. Menduga Afrina!

“Bibik mana ya? Mak Nah ”

Soal Afrina dengan nada suara yang bergetar.Cuba mengalihkan topik. Wajahnya terasa hangat menahan malu. Diikutkan hatinya, mahu dicubit-cubit mulut celupar Mak Nah tu! Afrina kemudian mengetap bibir. Peluk apa bendanya? Tidur sekatil pun belum tentu nak! Romantik?? Err in my dream! Omel Afrina di dalam hati.Mak Nah hanya tersengih seperti kerang busuk. Faham sangat akan perasaan Afrina saat itu! Iyalah! dia pun pernah merasa muda dulu!

ARIZ mematikan langkahnya untuk ke dapur saat terdengar perbualan Mak Nah dan Afrina yang ada mengaitkan namanya sama. Wajahnya mula terasa hangat dan merona kemerahan. Sama seperti Afrina. Ariz menggigit bibirnya.Rasa malu menyerbu dirinya. Kenapa kau perlu malu Riz?? Bisik hati Ariz.Kata-kata Mak Nah terngiang-ngiang di telinganya.Ariz kemudian mencebik. Please lah! Tidur sekatil pun tak! Nak berpeluk and buat drama romantik? Never! Nafi Ariz sekerasnya di dalam hati.Untuk menghilangkan rasa malunya.Niatnya ke dapur untuk minum air dibatalkan.Tekaknya sudah tidak terasa kering. Ariz kemudian mengatur langkah menuju ke arah meja makan.Menunggu sarapan dihidangkan.Sambil itu wajahnya masih merona kemerahan.Tanpa disedari, bibirnya menguntumkan segaris senyuman.

BAB 1

SUASANA di bilik pengantin itu kelihatan begitu mempesona dan menimbulkan aura romantik. Dengan set cadar katil beropol yang berwarna putih bersih ditambah pula kelopak-kelopak bunga mawar merah yang ditaburkan di atas katil dengan susunan serata tempat memang sungguh romantik buat pasangan pengantin yang sememangnya malam ini sungguh bermakna buat mereka. Tatkala telah menjadi halal buat diri masing-masing. Mata Afrina kemudian melirik ke arah lampu tidur yang terletak di tepi katil yang bercahaya malap. Matanya memandang redup ke arah lampu tidur tersebut. Afrina terbayang akan saat-saat manis yang seharusnya dilaluinya di alam rumah tangga. Tetapi sebaliknya pula telah berlaku pada dirinya. Dia kini telah mempertaruhkan seluruh masa depannya. Menjadi bidan terjun buat sebuah keluarga yang sungguh asing baginya. Namun begitu, dia sememangnya rela hati untuk melakukan sebegini asalkan dia dapat menjauhkan dirinya daripada seorang jejaka yang dicintai namun terpaksa dijauhi dan direlakan pergi demi sebuah persahabatan .Afrina telah pun berkorban kasih. Dia tahu, hanya pernikahan sahaja yang mampu menjauhkan dirinya dari Firaz Mikael. Firaz sudah pasti akan berhenti mengejarnya. Lagipun, Aireen sudah lama menantinya. Bagi Afrina hanya inilah jalan penyelesaiannya. Ya! Setitis air mata mengalir di pipi Afrina.Sedih akan takdir dan nasib dirinya. Cinta sememangnya memusnahkan seluruh hidupnya.

Lamunan Afrina kemudian terhenti. Pipinya terasa di tampar lembut oleh angin dingin malam. Perlahan-lahan wajahnya dipalingkan . Kelihatan pintu slide yang memisahkan biliknya dan balkoni kamarnya terbuka separuh.Angin itu masuk melalui pintu tersebut. Perlahan-lahan Afrina melangkah ke arah pintu slide tersebut.Hatinya seakan tertarik-tarik untuk ke situ. Gaun muslimah pengantinnya yang panjang dibiarkan mengesot dan menyentuh lantai. Perlahan-lahan pintu slide itu dibukanya luas. Langsir yang tergantung di pintu slide itu terapung-apung saat angin kencang meniupnya kuat. Perlahan-lahan lagi Afrina berjalan ke balkoni. Angin kencang menampar-nampar lembut wajahnya. Hujung kain gaun pengantin muslimahnya turut terapung-apung.Afrina memejamkan matanya. Kedua belah tangannya diangkat perlahan dan didepangkan. Menghayati setiap tiupan angin kencang. Awan mulai mendung meskipun sukar dilihat akibat kegelapan malam. Kedengaran bunyi guruh sedang berdentum-dentum. Tanda hujan bakal turun.Hujan lebat. Angin bertambah kencang.


“Tak Afrina, apa yang kau telah lakukan ini adalah benar. Inilah yang terbaik buat aku. Aku harus tabah. Mungkin hakikat dan kebenaran adalah pahit.Tetapi aku harus kuat. Maafkan aku Firaz. Aku lakukan ini semua demi kebahagiaan Aireen, kau, dan… aku. Ya, aku.”

Luah Afrina dengan nada separuh berbisik dan sebak. Air matanya sekuat mungkin cuba ditahan.

“Mungkin jodoh itu bukan milik kita Firaz. Tapi percayalah,saya akan sentiasa cintakan awak. Hanya awak yang berada di hati saya. Hanya awak!”

Afrina separuh menjerit. Luahan hatinya tadi dengan nada yang cukup sebak. Air hujan mulai turun menyirami bumi sedikit demi sedikit. Afrina sudah menggigil menahan rasa sebak di dadanya. Bibirnya diketap. Semakin lama hujan semakin lebat. Air hujan turut memasuki balkoni bilik tersebut. Afrina segera membuka matanya. Depangan tangannya diturunkan pantas. Afrina kemudian menangis semahu-mahunya. Tubuhnya dipeluk erat.Afrina kemudian terduduk perlahan. Tubuhnya masih dipeluk. Sambil itu wajahnya diusap tanpa henti.Mengelap air hujan yang merembes di wajahnya.Begitu juga air matanya yang mengalir tanpa henti. Kemudian wajahnya terasa sedikit sakit. Sambil menangis matanya memandang jari manisnya sayu. Cincing berlian asli yang tersarung di jarinyalah yang menyakiti sedikit wajahnya. Afrina semakin sebak. Di dalam samar-samar, cincin itu diusap-usap dan dimainnya. Afrina kemudian mencium batu berlian cincin itu agak lama. Cincin pernikahannya. Yang telah menyatukan dia dengan seorang jejaka yang tidak dicintai. Muhammad Ariz Zafriel Bin Datuk Zulkarnain. Afrina tabah. Andai inilah takdir ALLAH buatnya, dia pasrah. Kemudian Afrina menangis sekali lagi. Teresak-esak dia menangis. Kemudian lututnya dipeluk dan di bawa ke dagunya. Afrina memejamkan matanya. Gaun muslimah pengantinnya sudah lencun kebasahan dek air hujan. Hijabnya turut sama.Tubuh Afrina menggigil. Bibirnya diketap kuat. Hujan turun menggila. Tangisannya sejak tadi sudah pasti tidak didengari sesiapa. Hanya ALLAH peneman setia dirinya.


PRANG!

“Astaghfirullahhalazim! Raz?! Kenapa ni?!”

Soal Datin Rozita cemas sambil jalan meluru ke arah anaknya. Firaz sedang mencangkung sambil mengutip serpihan kaca gelas yang bertaburan di lantai dapur. Datin Rozita turut mencangkung cuba membantu anaknya.

“Tak ada apa lah ma. Gelas pecah aje”

Firaz memandang wajah cemas ibunya sambil tersenyum sementara tangannya asyik mengutip serpihan kaca tersebut. Datin Rozita turut membantu. Wajahnya sedikit berkerut.

“Ya lah gelas pecah. Tapi macam mana boleh pecah?”

Soal Datin Rozita lagi. Masih tidak berpuas hati.

“Firaz gelabah sangat tadi.Tekak kering nak minum air tak sabar-sabar. Tulah jatuh tu”

Jawab Firaz sambil tersenyum.Tangannya masih mengutip serpihan kaca menggunakan tangan kanannya sementara tangan kirinya memegang serpihan kaca yang telah dikutip.

“Hujan lebat macam ni pun tekak boleh kering?”

Soal Datin Rozita hairan. Masih ingin menyiasat.

“Hujan lebat ke?”

Soal Firaz laju tanpa menjawab soalan ibunya.Firaz segera berdiri dan berjalan ke arah jendela dapur. Kelihatan hujan turun dengan lebatnya. Firaz merasa tidak sedap hati. Serpihan kaca yang dikutipnya tadi masih berada di tangan kirinya. Datin Rozita memandang Firaz terkebil-kebil. Melihatkan guruh berdentum-dentum di langit membuatkan Firaz bertambah merasa tidak sedap hati. Mengapa? Bisik hatinya. Lamunannya terhenti tatkala telefon bimbitnya berbunyi. Menggunakan tangan kanannya, Firaz mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam saku seluarnya. Skrin telefonnya ditatap.Aireen? Nak apa pula Aireen malam-malam macam ni? Soal Firaz hairan di dalam hati.Firaz merengus. punat butang berwarna hijau ditekan malas.

“Assalamualaikum?”

“Waalaikumussalam Raz. You buat apa tu? Are you busy?”

Suara Aireen kedengaran ceria.

“Nothing.”

Jawab Firaz sepatah.Malas. Aireen hanya tersenyum.

“Okay. I sebenarnya nak bagitahu something kat you. It will be a big surprise!”

Suara Aireen masih kedengaran ceria. Firaz hanya tersenyum hambar. Matanya dilirik ke arah mamanya dan Lastri yang sedang membersihkan serpihan kaca tadi. Kemudian dia baru teringat yang lebihan serpihan kaca itu berada di tangan kirinya.

“Ouh, what you mean a big surprise?”

Soal Firaz ingin tahu sambil berjalan perlahan ke arah mamanya dan Lastri.Ingin memberikan serpihan kaca yang berada di tagannya.

“You datang tak majlis pernikahan siang tadi? You tahu tak siapa yang jadi pengantinnya tadi?”

Kini suara Aireen kedengaran seperti tidak sabar. Firaz serta – merta menghentikan langkahnya.Rasa tidak sedap hati menyerbu hatinya. Wajahnya kelihatan sedikit berkerut.

“Nope.Who?”

Soal Firaz sambil menjawab. Nada suaranya kedengaran bergetar di telinga Aireen. Aireen hanya tersenyum manis. Sambil tangannya asyik memintal rambutnya yang ikal mayang dengan jari telunjuknya.

“I pun tak datang.Sebab I busy.Lagipun I tak sure I dijempt ke tak.Because tu kan just majlis pernikahan. Tapi tadi Mira ada call I, dia kan saudara pengantin lelaki tu?! So confirm dia tahu siapa yang bernikah tadi! Dan pengantin perempuannya memang kita kenal and dia mesti marah gila kat kita sebab tak datang!”

Ujar Aireen panjang lebar. Jantung Firaz mulai berdegup laju.

“Just tell me who”

Arah Firaz tegas. Aireen tersenyum tawar.

“Sebenarnya yang nikah tu…”

Petir berdentum kuat. Datin Rozita dan Lastri terkejut amat. Manakala Firaz, wajahnya pucat lesi. Hatinya hancur berkecai. Matanya mulai berkaca dan kemerahan. Bibirnya diketap kuat. Telefon bimbitnya terlepas dari pegangannya dan terhempas ke lantai. Datin Rozita terkejut. Datin Rozita berjalan laju ke arah anaknya. Tubuh Firaz kelihatan lemah.

“YA ALLAH! Raz!!”

Jerit Datin Rozita melihatkan Firaz terjelopok di atas lantai. Datin Rozita memegang kedua belah bahu Firaz sambil menggoncangkannya. Firaz hanya terkaku. Mata Firaz kelihatan begitu kemerahan. Menahan duka lara hatinya saat mendengar apa yang baru sahaja dikatakan Aireen. Firaz seakan tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya. Hatinya terlampau sakit. Betulkah apa yang baru sahaja dikatakan Aireen tadi? Soalan itu bermain difikirannya.Tiba-tiba rasa marah menyerbu hatinya.Dia tidak menyangka yang Afrina telah bertindak sedemikian. Bibirnya diketap kuat. Tangannya digenggam erat. Tangan kirinya tiba-tiba sahaja mengalirkan darah. Darah itu semakin lama semakin membuak keluar dari tangan kirinya. Serpihan kaca tadi digenggam sehingga hancur di tangannya. Air mata Firaz sudah tidak dapat dibendung lagi. Datin Rozita menyoalnya berkali-kali namun tidak dijawab. Datin Rozita menangis melihatkan keadaan Firaz. Dia bertambah terkejut dan sebak melihatkan darah mengalir dari tapak tangan kiri Firaz. Hatinya beristighfar banyak. Mengapa anaknya tiba-tiba menjadi sebegini? Soalnya bertalu-talu di dalam hati. Setitis air mata mengalir dipipi Firaz.Wajah cantik Afrina terbayang di matanya. Firaz tidak dapat mengawal perasaannya.

“Aargh!!!! Afrina!!!!”

Jerit Firaz sekuat hatinya. Kemudian rebah di riba ibunya.

“FIRAZ ?!!”

Afrina segera tersedar dari tidurnya. Sambil itu tangan kanannya terangkat ke hadapan seolah-olah menghalang sesuatu dari pergi. Sementara tangan kirinya memeluk lututnya dan ditarik ke dagu. Setitis air mata mengalir di pipi Afrina.
Wajah tampan Firaz bermain di matanya. Afrina seakan merasa tidak sedap hati.Jantungnya berdegup kencang. Mengigau? Bisik hati Afrina. Air matanya segera diseka. Afrina beristighfar tanpa henti di dalam hati. Afrina harus sedar yang kini statusnya adalah seorang isteri. Meski pernikahannya ala-ala bidan terjun. Namun tanggungjawabnya adalah tetap sama. Seorang isteri. Afrina kemudian segera membuang jauh nama Firaz dan bayangan wajah Firaz dari mindanya. Afrina akur. Afrina pasrah akan ketentuan NYA. Hujan sudah tidak lebat seperti tadi. Hanya rintik-rintik sahaja.

Kemudian Afrina mengerutkan sedikit dahinya.

“YA ALLAH!”

Afrina menekup mulutnya. Aku tertidur ke tadi? Soal Afrina di dalam hati.Wajahnya berubah cemas. Macam mana kalau Ariz dah ada dalam bilik? Apa yang aku kena buat? Soal Afrina bertalu-talu di dalam hati. Afrina segera bangun dari duduknya. Dia tertidur di balkoni biliknya tadi. Tubuh Afrina terasa berat semacam. Afrina segera memandang gaun pengantin muslimahnya yang lencun. Afrina mengerutkan dahinya.Baru dia teringat yang tadi dia ‘bermain’ hujan. Afrina mengetap bibirnya. Teringat keadaannya di saat itu. Afrina hanya mengeluh. Gaunnya kemudian diperas. Cuba mengeluarkan air hujan yang terserap di gaunnya. Afrina kemudian terbersin.
Kepalanya dipicit sedikit. Terasa sakit. Mungkin dia akan terkena demam. Afrina ingin segera menyalin bajunya. Namun khuatir jika Ariz berada di situ. Afrina merasa segan dan takut. Sebenarnya Afrina bingung akan apa yang harus dia lakukan ketika berduaan dengan Ariz! Apatah lagi ini malam pertama mereka! Afrina cuba memberanikan diri. Afrina mengintai dari pintu slide kamar itu. Matanya melilau mencari jika ada kelibat Ariz. Tiada siapa. Afrina menghela nafas lega. Air yang terserap di gaunnya mulai berkurang. Dengan lafaz bismillah Afrina melangkah masuk. Afrina segera masuk ke kamar mandi bilik itu. Takut jika air digaunnya menitik-nitik ke karpet kamar itu. Afrina segera menyalin gaun pengantinnya yang lencun dan direndamkan di dalam air. Untung ada sebiji baldi tersedia di kamar mandi itu. Afrina juga sempat melihat jam di dinding bilik tersebut. Sudah hampir jam dua belas tengah malam. Tidak pasti berapa lama dia tertidur di balkoni tadi. Dia juga hairan mengapa Ariz tidak berada di dalam kamar. Afrina hanya mengandaikan yang Ariz masih berada di bawah bersama keluarganya. Mungkin ada tetamu atau saudara mara nya yang belum pulang. Majlis pernikahan sahaja sudah hampir seratus orang yang hadir. Apatah lagi majlis persandingannya pula! Tapi setahu dia , majlis persandingannya ditangguhkan. Yalah. Bidan terjun tak usah bersanding bagai.Dah genggam tangan tok kadi, habis cerita!

Usai menyalin gaunnya, Afrina mandi sedikit untuk membersihkan air hujan dari tubuhnya. Risau jika terkena demam.Tubuhnya tidak henti menggigil menahan rasa sejuk. Kemudian Afrina berwuduk untuk menunaikan solat isyak. Setelah selesai, Afrina mengambil jubah mandi yang tersedia di bilik air itu juga. Dia terlupa hendak membawa baju tidur untuk dipakai di dalam bilik air sekali. Tuala yang tergantung kemudian disarungnya di kepala untuk menutupi rambutnya yang basah setelah dibasuh. Tubuh Afrina menggigil menahan rasa sejuk.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari kamar mandi,batang tubuh Ariz masih tidak kelihatan.Afrina masih terfikir yang masih ada tetamu yang belum pulang. Bersangka baik. Lagipun, apa masaalahnya jika Ariz tidak mahu tidur sebilik dengannya? Ariz pasti belum bersedia. Begitu juga Afrina. Afrina kemudian mengeluh lemah.Tubuh Afrina mulai menggigil dan dia mula terbersin-bersin. Pendingin hawa kamarnya dimatikan. Afrina segera ke almari pakaiannya. Bibik Ariz yang mengemaskannya semalam. Meskipun Afrina menghalang, bibik masih berdegil. Akhirnya Afrina akur. Kata bibik, kononnya lah bakal miss besar tak boleh buat banyak kerja. Apalah gunanya kalau bibik tidak bekerja tetapi digaji? Afrina mengeluarkan blouse paras lutut yang berwarna merah jambu lembut. Disamakan dengan seluar legging putih susu. Afrina kemudian memakai pakaiannya. Sambil itu dia tidak henti membersin. Badannya merasa kurang enak. Namun digagahkan dirinya untuk menunaikan kewajibanNYA.

Usai solat, Afrina berteleku di atas sejadah. Berdoa buat kebahagiaannya. Doa diaminkan. Menitis air mata Afrina. Hatinya merasa tenang. Meluahkan perasaannya dan mengadu pada yang ESA.

“YA ALLAH, ENGKAU ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Dan… Dosa… Suamiku. Meskipun tidak dicintai. Namun aku yakin, dengan kehendak MU, semuanya pasti terjadi. YA ALLAH, ENGKAU peliharalah diri Firaz Mikael dibawah perlindungan kasih dan cintaMU. Sungguh dia adalah seseorang yang aku cinta namun harus direlakan pergi. Demi sebuah persahabatan. Sungguh jika takdir aku bukan bersamanya. Engkau satukanlah dia dengan orang yang mencintai dia lebih dari diri ini. Qaireena Aireen Natasya. Sungguh ENGKAU merancang yang terbaik buat hamba-hambaMU. Dan ENGKAU tabahkanlah hatinya dengan takdir ini dan… ketentuan MU… Tabahkanlah hatinya YA ALLAH… Tabahkanlah Hatinya…”

Nafas Afrina tertahan-tahan. Air matanya mengalir setitis demi setitis.

“Amin Ya Raba’l A’laamiin…”

Ucap Afrina syahdu sambil meraup wajahnya. Afrina kemudian beristighfar. Cuba menenangkan hatinya.

Afrina kemudian menanggalkan telekungnya.Sejadah di lipat dan disidai di ampaian kecil.Begitu juga telekungnya.Afrina berjalan ke arah meja solek.Rambutnya yang basah dikeringkan menggunakan tuala.Kemudian disisir kemas.Tanpa secalit mekap sekalpun, Afrina masih kelihatan cantik. Rambut Afrina yang basah menghalangnya untuk berhijab.Takut berbau dan rosak rambutnya. Afrina hanya menutupi rambutnya yang panjang dan ikal mayang itu. Ariz masih tidak muncul. Afrina mengeluh. Tapi Afrina masih akan setia menunggu suaminya. Meskipun matanya sudah berat. Afrina masih setia menanti. Afrina segan untuk duduk di atas katil. Risau jika tertidur. Tak manis kalau isteri yang tidur terlebih dahulu berbanding suami. Lebih-lebih lagi di malam pertama. Huh, malam pertama apa benda? Kau tak sedar lagi ke kau kahwin dengan Ariz as Bidan Terjun? So stupid you Afrina! Keluh Afrina.
Afrina kemudian berjalan ke arah sofa panjang yang memang ada di sudut kamar itu. Televisyen dan meja kopi juga ada. Memang bilik ini lengkap dengan perabotnya. Sememangnya bilik ini bilik yang cukup mewah bagi Afrina. Mana taknya? Anak Datuk Datin kan? Jangan hairan. Bisik hati Afrina. Afrina kemudian duduk sambil memeluk lutut di atas sofa itu. Afrina memang masih setia menunggu Ariz. Afrina ada juga terbersin beberapa kali. Kepalanya juga ada dipicit sedikit kerana pening. Afrina kemudian membaringkan tubuhnya saat kepalanya merasa berat. Badannya juga merasa tidak enak. Sah! Memang demam lah dia! Afrina memejamkan matanya. Kepalanya berdenyut-denyut. Tangannya tidak henti memicit kepalanya. Hinggalah Afrina tidak sedar hingga terlelap. Afrina tertidur lena.

ARIZ membuka pintu biliknya perlahan. Terkaku dia melihat hiasan kamarnya. Cadar beropol, kelopak bunga mawar,bau wangi-wangian, lampu tidur malap. Ah! Sungguh memeningkan! Ariz sebenarnya tidak ingin tidur di kamar ini! Tambahan lagi sebilik dengan Afrina! Malu, bersalah, sayu, semua ada! Ariz dipaksa ibu ayahnya. Kononnya saudara-mara yang bermalam di sini akan mengesyaki sesuatu jika mereka tidur berasingan. Dan juga kerana kasihan akan Afrina. Namun apakan daya? Ariz tidak tahu bagaimana reaksi yang harus diberikan kepada Afrina.Ariz merengus. Ariz menghempaskan punggungnya di atas katil. Kemudian membaringkan perlahan tubuhnya. Ariz sudah menunaikan solat isyak di bilik tetamu tadi. Kini hanya matanya yang perlu dipejamkan. Kelopak bunga mawar yang berselerak di atas katil dibuang ke tepi. Ariz merasa rimas. Ariz cuba memejamkan matanya. Tiba-tiba matanya terbuka. Dia teringatkan sesuatu.

“Mana Afrina??”

Soalnya sendiri. Ariz segera bangun dari baringannya

.
Matanya melilau mencari kelibat Afrina.Matanya tertancap pada sebuah sofa di penjuru kamar.Hati Ariz seakan tertarik-tarik untuk berjalan ke arah sofa yang membelakangkannya itu. Ariz melangkah perlahan.Kedengaran suara kecil nafas turun naik membuatkan dia agak berdebar.Hampir terbeliak mata Ariz melihatkan Afrina sedang tertidur lena di atas sofa tersebut. Ariz memandang Afrina sambil berkerut.

“Kenapa dia tidur kat sini?? Takkanlah dia…” Ariz membuat andaian. Rasa bersalah menyerbu hatinya.

“Dia tunggu aku?”

Soal Ariz dengan nada bergetar.Sayu.

“Ah! Tak mungkin! Buat apalah dia nak tunggu aku?”

Nafi Ariz sekerasnya sambil memandang wajah Afrina yang sedang nyenyak tidur tajam. Semakin lama pandangannya pada Afrina semakin sayu. Lebih-lebih lagi melihatkan mata Afrina yang sembap dan bengkak seakan baru lepas menangis. Ariz pun tidak mengerti mengapa dia harus memarahi dan seakan membenci Afrina. Ariz mengeluh lemah.Hatinya merasa sebak.

“Sepatutnya aku harus melayan dia dengan baik. Sebab dia telah korbankan diri dia untuk menjaga maruah keluarga aku…”

Keluh Ariz lemah. Rasa bersalah menyerbu hatinya.

“Maafkan aku Afrina. Sebab aku , kau merana. Terpaksa bernikah dengan orang yang kita tak kenal sangat apatah lagi cinta sungguh sukar bukan? Aku ingat kita akan berkawan biasa. Tapi perkara lain pula telah terjadi. Aku pun tidak tahu, kau rela atau tidak menerima aku. Sungguh aku ni tak sempurna. Dan mungkin sebab itulah… Izleen meninggalkan aku tiga hari sebelum pernikahan kami. Aku sedih sangat Afrina… Kini, hidup aku telah musnah. Dan kau turut terjebak. Maafkan aku…”

Ucap Ariz panjang lebar dari hati dengan nada bergetar.Meski Afrina tidak mendengarinya. Rasa bersalahnya tidak dapat dibendung lagi.

“Dan… Kalau kau mahukan, aku akan… aku akan… ceraikan kau…Cuma kau bagitahu aku bila sahaja.Lepastu aku akan terus ceraikan… kau…”

Ucap Ariz lagi tergagap-gagap. Ya, dia sanggup melakukannya. Asalkan Afrina tidak tersiksa. Hati Ariz merasa sebak. Ariz seakan orang bodoh kerana bercakap sendirian. Sudah jelas sekali Afrina sedang tidur nyenyak.

Wajah Afrina yang sedang lena dipandang lama.Sayu. Ariz melutut di sebelah kerusi berhadapan dengan Afrina.Wajah Afrina ditatap. Wajah Afrina sungguh bersih. Ariz kemudian tersenyum sendiri. Afrina sungguh cantik. Naluri kelelakian Ariz berkocak melihatkan Afrina tidak berhijab. Hanya tuala menutupi rambutnya. Rambut Afrina ditatap lama. Panjang dan ikal mayang. Sungguh cantik.

Ada sehelai dua rambut Afrina yang menutupi matanya. Ariz merasa rimas melihatkan rambut itu. Perlahan tangannya menyelak lembut rambut Afrina. Kemudian dimain-mainkannya rambut Afrina. Naluri kelelakian Ariz berkocak hebat! Tanpa teragak-agak, dahi Afrina dikucup lembut. Syahdu dan kasih. Ariz seperti tidak menyedari perlakuannya itu.

“Dan… jika kau tak inginkan kita bercerai. Aku akan cuba, cintakan kau Afrina. Aku akan cuba buka pintu hati aku buat kau.Ya, buat kau! Aku akan cuba… I’ll try…Meskipun hati ini pernah disakiti oleh seseorang yang aku pernah cinta.Izleen. ”

Ucap Ariz tulus.Nada suaranya agak bergetar saat nama Izleen disebut.Bibirnya diketap kuat. Wajah Izleen bermain dimatanya.Segera dibuang jauh.Benci! Wajah Afrina ditatap lagi. Ariz kemudian mengelus lembut pipi halus Afrina. Ariz tersenyum . Reaksi wajahnya terus berubah saat merasakan kehangatan di pipi Afrina.

“Demam ke??”

Soal Ariz sendiri cemas. Kemudian dahi Afrina disentuh dengan belakang tapak tangan Ariz. Ya! Demam! Ariz segera bangun dan mengalihkan tuala dari rambut Afrina. Kemudian Ariz segera menggendong tubuh langsing Afrina. Dadanya berdebar kencang! Hanya tuhan sahaja tahu perasaannya di saat itu. Rasa malunya dibuang dan dialih rasa kasihan.Afrina pasti tidak selesa dan merasa kesejukan jika tidur dalam keadaan begitu. Afrina masih tertidur. Tidak menyedari apa-apa. Ariz kemudian meletakkan lembut tubuh Afrina di atas katil dan diselimutkannya perlahan. Afrina masih lena. Ariz hanya tersenyum. Pipi Afrina dielus lembut. Adakah dalam masa yang singkat ini aku sudah mula menyayanginya? Soal Ariz sendiri.Ariz kemudian berhenti mengelus pipi Afrina. Ariz tersenyum hambar. Dia masih keliru akan layanan bagaimana yang harus diberikannya kepada Afrina. Sebagai teman? Ya, dia memang menganggap Afrina sebagai seorang teman. Namun hatinya berkata sebaliknya. Sayang? Ya, Ariz menyayangi Afrina sebagai seorang teman. Atau sebaliknya? Ariz merengus kasar. Serabut!

Ariz kemudian mengambil sebiji bantal disebelah Afrina.Dia memang takkan cuba tidur bersebelahan dengan Afrina. Dia faham akan situasi dia dan Afrina.Afrina pasti akan bersangka buruk dengannya. Lagipun Afrina seperti terkena demam dan harus berehat secukupnya.Ariz sedikit hairan.Bagaimana dia boleh terkena demam? Ala, demam datang kan tak usah dijemput? Bisik Ariz di dalam hati.Ariz sebenarnya risau jika Ariz tidur di sebelah Afrina,Afrina pasti tak akan dapat tidur dengan selesa. Berjaga-jaga supaya Ariz tidak menyentuh nya! Mungkin? Ariz mengeluh lemah. Dia lebih rela memberi Afrina conquer satu katil itu! Sekilas wajah Afrina dipandang. Ariz automatik tersenyum manis. Senyuman Ariz segera pudar. Kepalanya digeleng laju. Seakan orang tidak betul.

“Kau ni dah kenapa Ariz??”

Soal Ariz sendiri kehairanan.

“Meroyan!!”

Ariz mencebik.

Dengan dahi berkerut Ariz melangkah ke arah sofa.Untung ada sofa kat biliknya.Kalau tak ada, memang lantai lah tempat tidurnya ! Sebenarnya tak adalah sampai kat atas lantai. Anak Datuk Datin tak akanlah.Perlahan tubuh Ariz dibaringkan. Cuba mencari baringan yang selesa. Tangannya diletakkan di atas kepala. Memikirkan seribu satu masalahnya. Matanya kemudian melirik ke arah katil Afrina. Afrina tidur nyenyak.Bom meletup pun belum tentu bangun! Ariz kemudian mengeluh lemah.

“Betul ke aku dah sayangkan dia?”

Soal Ariz sendiri lagi separuh berbisik. Dahinya dikerut-kerutkan.Tak mungkin! Ehh ya! Hati Ariz dan fikirannya serabut! Mana mungkin dalam masa tak sampai 24 jam aku dah sayangkan dia?! Hati Ariz berperang. Ariz merengus kasar kemudiannya.Letih. Semakin lama, mata Ariz semakin berat. Perlahan –lahan Ariz memejamkan matanya. Ariz kemudian berpeluk tubuh. Tubuhnya dirapatkan.

‘Afrina’

Bisik Ariz di dalam hati.Kemudian lena.