Saturday, 25 January 2014

BAB 1

SUASANA di bilik pengantin itu kelihatan begitu mempesona dan menimbulkan aura romantik. Dengan set cadar katil beropol yang berwarna putih bersih ditambah pula kelopak-kelopak bunga mawar merah yang ditaburkan di atas katil dengan susunan serata tempat memang sungguh romantik buat pasangan pengantin yang sememangnya malam ini sungguh bermakna buat mereka. Tatkala telah menjadi halal buat diri masing-masing. Mata Afrina kemudian melirik ke arah lampu tidur yang terletak di tepi katil yang bercahaya malap. Matanya memandang redup ke arah lampu tidur tersebut. Afrina terbayang akan saat-saat manis yang seharusnya dilaluinya di alam rumah tangga. Tetapi sebaliknya pula telah berlaku pada dirinya. Dia kini telah mempertaruhkan seluruh masa depannya. Menjadi bidan terjun buat sebuah keluarga yang sungguh asing baginya. Namun begitu, dia sememangnya rela hati untuk melakukan sebegini asalkan dia dapat menjauhkan dirinya daripada seorang jejaka yang dicintai namun terpaksa dijauhi dan direlakan pergi demi sebuah persahabatan .Afrina telah pun berkorban kasih. Dia tahu, hanya pernikahan sahaja yang mampu menjauhkan dirinya dari Firaz Mikael. Firaz sudah pasti akan berhenti mengejarnya. Lagipun, Aireen sudah lama menantinya. Bagi Afrina hanya inilah jalan penyelesaiannya. Ya! Setitis air mata mengalir di pipi Afrina.Sedih akan takdir dan nasib dirinya. Cinta sememangnya memusnahkan seluruh hidupnya.

Lamunan Afrina kemudian terhenti. Pipinya terasa di tampar lembut oleh angin dingin malam. Perlahan-lahan wajahnya dipalingkan . Kelihatan pintu slide yang memisahkan biliknya dan balkoni kamarnya terbuka separuh.Angin itu masuk melalui pintu tersebut. Perlahan-lahan Afrina melangkah ke arah pintu slide tersebut.Hatinya seakan tertarik-tarik untuk ke situ. Gaun muslimah pengantinnya yang panjang dibiarkan mengesot dan menyentuh lantai. Perlahan-lahan pintu slide itu dibukanya luas. Langsir yang tergantung di pintu slide itu terapung-apung saat angin kencang meniupnya kuat. Perlahan-lahan lagi Afrina berjalan ke balkoni. Angin kencang menampar-nampar lembut wajahnya. Hujung kain gaun pengantin muslimahnya turut terapung-apung.Afrina memejamkan matanya. Kedua belah tangannya diangkat perlahan dan didepangkan. Menghayati setiap tiupan angin kencang. Awan mulai mendung meskipun sukar dilihat akibat kegelapan malam. Kedengaran bunyi guruh sedang berdentum-dentum. Tanda hujan bakal turun.Hujan lebat. Angin bertambah kencang.


“Tak Afrina, apa yang kau telah lakukan ini adalah benar. Inilah yang terbaik buat aku. Aku harus tabah. Mungkin hakikat dan kebenaran adalah pahit.Tetapi aku harus kuat. Maafkan aku Firaz. Aku lakukan ini semua demi kebahagiaan Aireen, kau, dan… aku. Ya, aku.”

Luah Afrina dengan nada separuh berbisik dan sebak. Air matanya sekuat mungkin cuba ditahan.

“Mungkin jodoh itu bukan milik kita Firaz. Tapi percayalah,saya akan sentiasa cintakan awak. Hanya awak yang berada di hati saya. Hanya awak!”

Afrina separuh menjerit. Luahan hatinya tadi dengan nada yang cukup sebak. Air hujan mulai turun menyirami bumi sedikit demi sedikit. Afrina sudah menggigil menahan rasa sebak di dadanya. Bibirnya diketap. Semakin lama hujan semakin lebat. Air hujan turut memasuki balkoni bilik tersebut. Afrina segera membuka matanya. Depangan tangannya diturunkan pantas. Afrina kemudian menangis semahu-mahunya. Tubuhnya dipeluk erat.Afrina kemudian terduduk perlahan. Tubuhnya masih dipeluk. Sambil itu wajahnya diusap tanpa henti.Mengelap air hujan yang merembes di wajahnya.Begitu juga air matanya yang mengalir tanpa henti. Kemudian wajahnya terasa sedikit sakit. Sambil menangis matanya memandang jari manisnya sayu. Cincing berlian asli yang tersarung di jarinyalah yang menyakiti sedikit wajahnya. Afrina semakin sebak. Di dalam samar-samar, cincin itu diusap-usap dan dimainnya. Afrina kemudian mencium batu berlian cincin itu agak lama. Cincin pernikahannya. Yang telah menyatukan dia dengan seorang jejaka yang tidak dicintai. Muhammad Ariz Zafriel Bin Datuk Zulkarnain. Afrina tabah. Andai inilah takdir ALLAH buatnya, dia pasrah. Kemudian Afrina menangis sekali lagi. Teresak-esak dia menangis. Kemudian lututnya dipeluk dan di bawa ke dagunya. Afrina memejamkan matanya. Gaun muslimah pengantinnya sudah lencun kebasahan dek air hujan. Hijabnya turut sama.Tubuh Afrina menggigil. Bibirnya diketap kuat. Hujan turun menggila. Tangisannya sejak tadi sudah pasti tidak didengari sesiapa. Hanya ALLAH peneman setia dirinya.


PRANG!

“Astaghfirullahhalazim! Raz?! Kenapa ni?!”

Soal Datin Rozita cemas sambil jalan meluru ke arah anaknya. Firaz sedang mencangkung sambil mengutip serpihan kaca gelas yang bertaburan di lantai dapur. Datin Rozita turut mencangkung cuba membantu anaknya.

“Tak ada apa lah ma. Gelas pecah aje”

Firaz memandang wajah cemas ibunya sambil tersenyum sementara tangannya asyik mengutip serpihan kaca tersebut. Datin Rozita turut membantu. Wajahnya sedikit berkerut.

“Ya lah gelas pecah. Tapi macam mana boleh pecah?”

Soal Datin Rozita lagi. Masih tidak berpuas hati.

“Firaz gelabah sangat tadi.Tekak kering nak minum air tak sabar-sabar. Tulah jatuh tu”

Jawab Firaz sambil tersenyum.Tangannya masih mengutip serpihan kaca menggunakan tangan kanannya sementara tangan kirinya memegang serpihan kaca yang telah dikutip.

“Hujan lebat macam ni pun tekak boleh kering?”

Soal Datin Rozita hairan. Masih ingin menyiasat.

“Hujan lebat ke?”

Soal Firaz laju tanpa menjawab soalan ibunya.Firaz segera berdiri dan berjalan ke arah jendela dapur. Kelihatan hujan turun dengan lebatnya. Firaz merasa tidak sedap hati. Serpihan kaca yang dikutipnya tadi masih berada di tangan kirinya. Datin Rozita memandang Firaz terkebil-kebil. Melihatkan guruh berdentum-dentum di langit membuatkan Firaz bertambah merasa tidak sedap hati. Mengapa? Bisik hatinya. Lamunannya terhenti tatkala telefon bimbitnya berbunyi. Menggunakan tangan kanannya, Firaz mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam saku seluarnya. Skrin telefonnya ditatap.Aireen? Nak apa pula Aireen malam-malam macam ni? Soal Firaz hairan di dalam hati.Firaz merengus. punat butang berwarna hijau ditekan malas.

“Assalamualaikum?”

“Waalaikumussalam Raz. You buat apa tu? Are you busy?”

Suara Aireen kedengaran ceria.

“Nothing.”

Jawab Firaz sepatah.Malas. Aireen hanya tersenyum.

“Okay. I sebenarnya nak bagitahu something kat you. It will be a big surprise!”

Suara Aireen masih kedengaran ceria. Firaz hanya tersenyum hambar. Matanya dilirik ke arah mamanya dan Lastri yang sedang membersihkan serpihan kaca tadi. Kemudian dia baru teringat yang lebihan serpihan kaca itu berada di tangan kirinya.

“Ouh, what you mean a big surprise?”

Soal Firaz ingin tahu sambil berjalan perlahan ke arah mamanya dan Lastri.Ingin memberikan serpihan kaca yang berada di tagannya.

“You datang tak majlis pernikahan siang tadi? You tahu tak siapa yang jadi pengantinnya tadi?”

Kini suara Aireen kedengaran seperti tidak sabar. Firaz serta – merta menghentikan langkahnya.Rasa tidak sedap hati menyerbu hatinya. Wajahnya kelihatan sedikit berkerut.

“Nope.Who?”

Soal Firaz sambil menjawab. Nada suaranya kedengaran bergetar di telinga Aireen. Aireen hanya tersenyum manis. Sambil tangannya asyik memintal rambutnya yang ikal mayang dengan jari telunjuknya.

“I pun tak datang.Sebab I busy.Lagipun I tak sure I dijempt ke tak.Because tu kan just majlis pernikahan. Tapi tadi Mira ada call I, dia kan saudara pengantin lelaki tu?! So confirm dia tahu siapa yang bernikah tadi! Dan pengantin perempuannya memang kita kenal and dia mesti marah gila kat kita sebab tak datang!”

Ujar Aireen panjang lebar. Jantung Firaz mulai berdegup laju.

“Just tell me who”

Arah Firaz tegas. Aireen tersenyum tawar.

“Sebenarnya yang nikah tu…”

Petir berdentum kuat. Datin Rozita dan Lastri terkejut amat. Manakala Firaz, wajahnya pucat lesi. Hatinya hancur berkecai. Matanya mulai berkaca dan kemerahan. Bibirnya diketap kuat. Telefon bimbitnya terlepas dari pegangannya dan terhempas ke lantai. Datin Rozita terkejut. Datin Rozita berjalan laju ke arah anaknya. Tubuh Firaz kelihatan lemah.

“YA ALLAH! Raz!!”

Jerit Datin Rozita melihatkan Firaz terjelopok di atas lantai. Datin Rozita memegang kedua belah bahu Firaz sambil menggoncangkannya. Firaz hanya terkaku. Mata Firaz kelihatan begitu kemerahan. Menahan duka lara hatinya saat mendengar apa yang baru sahaja dikatakan Aireen. Firaz seakan tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya. Hatinya terlampau sakit. Betulkah apa yang baru sahaja dikatakan Aireen tadi? Soalan itu bermain difikirannya.Tiba-tiba rasa marah menyerbu hatinya.Dia tidak menyangka yang Afrina telah bertindak sedemikian. Bibirnya diketap kuat. Tangannya digenggam erat. Tangan kirinya tiba-tiba sahaja mengalirkan darah. Darah itu semakin lama semakin membuak keluar dari tangan kirinya. Serpihan kaca tadi digenggam sehingga hancur di tangannya. Air mata Firaz sudah tidak dapat dibendung lagi. Datin Rozita menyoalnya berkali-kali namun tidak dijawab. Datin Rozita menangis melihatkan keadaan Firaz. Dia bertambah terkejut dan sebak melihatkan darah mengalir dari tapak tangan kiri Firaz. Hatinya beristighfar banyak. Mengapa anaknya tiba-tiba menjadi sebegini? Soalnya bertalu-talu di dalam hati. Setitis air mata mengalir dipipi Firaz.Wajah cantik Afrina terbayang di matanya. Firaz tidak dapat mengawal perasaannya.

“Aargh!!!! Afrina!!!!”

Jerit Firaz sekuat hatinya. Kemudian rebah di riba ibunya.

“FIRAZ ?!!”

Afrina segera tersedar dari tidurnya. Sambil itu tangan kanannya terangkat ke hadapan seolah-olah menghalang sesuatu dari pergi. Sementara tangan kirinya memeluk lututnya dan ditarik ke dagu. Setitis air mata mengalir di pipi Afrina.
Wajah tampan Firaz bermain di matanya. Afrina seakan merasa tidak sedap hati.Jantungnya berdegup kencang. Mengigau? Bisik hati Afrina. Air matanya segera diseka. Afrina beristighfar tanpa henti di dalam hati. Afrina harus sedar yang kini statusnya adalah seorang isteri. Meski pernikahannya ala-ala bidan terjun. Namun tanggungjawabnya adalah tetap sama. Seorang isteri. Afrina kemudian segera membuang jauh nama Firaz dan bayangan wajah Firaz dari mindanya. Afrina akur. Afrina pasrah akan ketentuan NYA. Hujan sudah tidak lebat seperti tadi. Hanya rintik-rintik sahaja.

Kemudian Afrina mengerutkan sedikit dahinya.

“YA ALLAH!”

Afrina menekup mulutnya. Aku tertidur ke tadi? Soal Afrina di dalam hati.Wajahnya berubah cemas. Macam mana kalau Ariz dah ada dalam bilik? Apa yang aku kena buat? Soal Afrina bertalu-talu di dalam hati. Afrina segera bangun dari duduknya. Dia tertidur di balkoni biliknya tadi. Tubuh Afrina terasa berat semacam. Afrina segera memandang gaun pengantin muslimahnya yang lencun. Afrina mengerutkan dahinya.Baru dia teringat yang tadi dia ‘bermain’ hujan. Afrina mengetap bibirnya. Teringat keadaannya di saat itu. Afrina hanya mengeluh. Gaunnya kemudian diperas. Cuba mengeluarkan air hujan yang terserap di gaunnya. Afrina kemudian terbersin.
Kepalanya dipicit sedikit. Terasa sakit. Mungkin dia akan terkena demam. Afrina ingin segera menyalin bajunya. Namun khuatir jika Ariz berada di situ. Afrina merasa segan dan takut. Sebenarnya Afrina bingung akan apa yang harus dia lakukan ketika berduaan dengan Ariz! Apatah lagi ini malam pertama mereka! Afrina cuba memberanikan diri. Afrina mengintai dari pintu slide kamar itu. Matanya melilau mencari jika ada kelibat Ariz. Tiada siapa. Afrina menghela nafas lega. Air yang terserap di gaunnya mulai berkurang. Dengan lafaz bismillah Afrina melangkah masuk. Afrina segera masuk ke kamar mandi bilik itu. Takut jika air digaunnya menitik-nitik ke karpet kamar itu. Afrina segera menyalin gaun pengantinnya yang lencun dan direndamkan di dalam air. Untung ada sebiji baldi tersedia di kamar mandi itu. Afrina juga sempat melihat jam di dinding bilik tersebut. Sudah hampir jam dua belas tengah malam. Tidak pasti berapa lama dia tertidur di balkoni tadi. Dia juga hairan mengapa Ariz tidak berada di dalam kamar. Afrina hanya mengandaikan yang Ariz masih berada di bawah bersama keluarganya. Mungkin ada tetamu atau saudara mara nya yang belum pulang. Majlis pernikahan sahaja sudah hampir seratus orang yang hadir. Apatah lagi majlis persandingannya pula! Tapi setahu dia , majlis persandingannya ditangguhkan. Yalah. Bidan terjun tak usah bersanding bagai.Dah genggam tangan tok kadi, habis cerita!

Usai menyalin gaunnya, Afrina mandi sedikit untuk membersihkan air hujan dari tubuhnya. Risau jika terkena demam.Tubuhnya tidak henti menggigil menahan rasa sejuk. Kemudian Afrina berwuduk untuk menunaikan solat isyak. Setelah selesai, Afrina mengambil jubah mandi yang tersedia di bilik air itu juga. Dia terlupa hendak membawa baju tidur untuk dipakai di dalam bilik air sekali. Tuala yang tergantung kemudian disarungnya di kepala untuk menutupi rambutnya yang basah setelah dibasuh. Tubuh Afrina menggigil menahan rasa sejuk.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari kamar mandi,batang tubuh Ariz masih tidak kelihatan.Afrina masih terfikir yang masih ada tetamu yang belum pulang. Bersangka baik. Lagipun, apa masaalahnya jika Ariz tidak mahu tidur sebilik dengannya? Ariz pasti belum bersedia. Begitu juga Afrina. Afrina kemudian mengeluh lemah.Tubuh Afrina mulai menggigil dan dia mula terbersin-bersin. Pendingin hawa kamarnya dimatikan. Afrina segera ke almari pakaiannya. Bibik Ariz yang mengemaskannya semalam. Meskipun Afrina menghalang, bibik masih berdegil. Akhirnya Afrina akur. Kata bibik, kononnya lah bakal miss besar tak boleh buat banyak kerja. Apalah gunanya kalau bibik tidak bekerja tetapi digaji? Afrina mengeluarkan blouse paras lutut yang berwarna merah jambu lembut. Disamakan dengan seluar legging putih susu. Afrina kemudian memakai pakaiannya. Sambil itu dia tidak henti membersin. Badannya merasa kurang enak. Namun digagahkan dirinya untuk menunaikan kewajibanNYA.

Usai solat, Afrina berteleku di atas sejadah. Berdoa buat kebahagiaannya. Doa diaminkan. Menitis air mata Afrina. Hatinya merasa tenang. Meluahkan perasaannya dan mengadu pada yang ESA.

“YA ALLAH, ENGKAU ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Dan… Dosa… Suamiku. Meskipun tidak dicintai. Namun aku yakin, dengan kehendak MU, semuanya pasti terjadi. YA ALLAH, ENGKAU peliharalah diri Firaz Mikael dibawah perlindungan kasih dan cintaMU. Sungguh dia adalah seseorang yang aku cinta namun harus direlakan pergi. Demi sebuah persahabatan. Sungguh jika takdir aku bukan bersamanya. Engkau satukanlah dia dengan orang yang mencintai dia lebih dari diri ini. Qaireena Aireen Natasya. Sungguh ENGKAU merancang yang terbaik buat hamba-hambaMU. Dan ENGKAU tabahkanlah hatinya dengan takdir ini dan… ketentuan MU… Tabahkanlah hatinya YA ALLAH… Tabahkanlah Hatinya…”

Nafas Afrina tertahan-tahan. Air matanya mengalir setitis demi setitis.

“Amin Ya Raba’l A’laamiin…”

Ucap Afrina syahdu sambil meraup wajahnya. Afrina kemudian beristighfar. Cuba menenangkan hatinya.

Afrina kemudian menanggalkan telekungnya.Sejadah di lipat dan disidai di ampaian kecil.Begitu juga telekungnya.Afrina berjalan ke arah meja solek.Rambutnya yang basah dikeringkan menggunakan tuala.Kemudian disisir kemas.Tanpa secalit mekap sekalpun, Afrina masih kelihatan cantik. Rambut Afrina yang basah menghalangnya untuk berhijab.Takut berbau dan rosak rambutnya. Afrina hanya menutupi rambutnya yang panjang dan ikal mayang itu. Ariz masih tidak muncul. Afrina mengeluh. Tapi Afrina masih akan setia menunggu suaminya. Meskipun matanya sudah berat. Afrina masih setia menanti. Afrina segan untuk duduk di atas katil. Risau jika tertidur. Tak manis kalau isteri yang tidur terlebih dahulu berbanding suami. Lebih-lebih lagi di malam pertama. Huh, malam pertama apa benda? Kau tak sedar lagi ke kau kahwin dengan Ariz as Bidan Terjun? So stupid you Afrina! Keluh Afrina.
Afrina kemudian berjalan ke arah sofa panjang yang memang ada di sudut kamar itu. Televisyen dan meja kopi juga ada. Memang bilik ini lengkap dengan perabotnya. Sememangnya bilik ini bilik yang cukup mewah bagi Afrina. Mana taknya? Anak Datuk Datin kan? Jangan hairan. Bisik hati Afrina. Afrina kemudian duduk sambil memeluk lutut di atas sofa itu. Afrina memang masih setia menunggu Ariz. Afrina ada juga terbersin beberapa kali. Kepalanya juga ada dipicit sedikit kerana pening. Afrina kemudian membaringkan tubuhnya saat kepalanya merasa berat. Badannya juga merasa tidak enak. Sah! Memang demam lah dia! Afrina memejamkan matanya. Kepalanya berdenyut-denyut. Tangannya tidak henti memicit kepalanya. Hinggalah Afrina tidak sedar hingga terlelap. Afrina tertidur lena.

ARIZ membuka pintu biliknya perlahan. Terkaku dia melihat hiasan kamarnya. Cadar beropol, kelopak bunga mawar,bau wangi-wangian, lampu tidur malap. Ah! Sungguh memeningkan! Ariz sebenarnya tidak ingin tidur di kamar ini! Tambahan lagi sebilik dengan Afrina! Malu, bersalah, sayu, semua ada! Ariz dipaksa ibu ayahnya. Kononnya saudara-mara yang bermalam di sini akan mengesyaki sesuatu jika mereka tidur berasingan. Dan juga kerana kasihan akan Afrina. Namun apakan daya? Ariz tidak tahu bagaimana reaksi yang harus diberikan kepada Afrina.Ariz merengus. Ariz menghempaskan punggungnya di atas katil. Kemudian membaringkan perlahan tubuhnya. Ariz sudah menunaikan solat isyak di bilik tetamu tadi. Kini hanya matanya yang perlu dipejamkan. Kelopak bunga mawar yang berselerak di atas katil dibuang ke tepi. Ariz merasa rimas. Ariz cuba memejamkan matanya. Tiba-tiba matanya terbuka. Dia teringatkan sesuatu.

“Mana Afrina??”

Soalnya sendiri. Ariz segera bangun dari baringannya

.
Matanya melilau mencari kelibat Afrina.Matanya tertancap pada sebuah sofa di penjuru kamar.Hati Ariz seakan tertarik-tarik untuk berjalan ke arah sofa yang membelakangkannya itu. Ariz melangkah perlahan.Kedengaran suara kecil nafas turun naik membuatkan dia agak berdebar.Hampir terbeliak mata Ariz melihatkan Afrina sedang tertidur lena di atas sofa tersebut. Ariz memandang Afrina sambil berkerut.

“Kenapa dia tidur kat sini?? Takkanlah dia…” Ariz membuat andaian. Rasa bersalah menyerbu hatinya.

“Dia tunggu aku?”

Soal Ariz dengan nada bergetar.Sayu.

“Ah! Tak mungkin! Buat apalah dia nak tunggu aku?”

Nafi Ariz sekerasnya sambil memandang wajah Afrina yang sedang nyenyak tidur tajam. Semakin lama pandangannya pada Afrina semakin sayu. Lebih-lebih lagi melihatkan mata Afrina yang sembap dan bengkak seakan baru lepas menangis. Ariz pun tidak mengerti mengapa dia harus memarahi dan seakan membenci Afrina. Ariz mengeluh lemah.Hatinya merasa sebak.

“Sepatutnya aku harus melayan dia dengan baik. Sebab dia telah korbankan diri dia untuk menjaga maruah keluarga aku…”

Keluh Ariz lemah. Rasa bersalah menyerbu hatinya.

“Maafkan aku Afrina. Sebab aku , kau merana. Terpaksa bernikah dengan orang yang kita tak kenal sangat apatah lagi cinta sungguh sukar bukan? Aku ingat kita akan berkawan biasa. Tapi perkara lain pula telah terjadi. Aku pun tidak tahu, kau rela atau tidak menerima aku. Sungguh aku ni tak sempurna. Dan mungkin sebab itulah… Izleen meninggalkan aku tiga hari sebelum pernikahan kami. Aku sedih sangat Afrina… Kini, hidup aku telah musnah. Dan kau turut terjebak. Maafkan aku…”

Ucap Ariz panjang lebar dari hati dengan nada bergetar.Meski Afrina tidak mendengarinya. Rasa bersalahnya tidak dapat dibendung lagi.

“Dan… Kalau kau mahukan, aku akan… aku akan… ceraikan kau…Cuma kau bagitahu aku bila sahaja.Lepastu aku akan terus ceraikan… kau…”

Ucap Ariz lagi tergagap-gagap. Ya, dia sanggup melakukannya. Asalkan Afrina tidak tersiksa. Hati Ariz merasa sebak. Ariz seakan orang bodoh kerana bercakap sendirian. Sudah jelas sekali Afrina sedang tidur nyenyak.

Wajah Afrina yang sedang lena dipandang lama.Sayu. Ariz melutut di sebelah kerusi berhadapan dengan Afrina.Wajah Afrina ditatap. Wajah Afrina sungguh bersih. Ariz kemudian tersenyum sendiri. Afrina sungguh cantik. Naluri kelelakian Ariz berkocak melihatkan Afrina tidak berhijab. Hanya tuala menutupi rambutnya. Rambut Afrina ditatap lama. Panjang dan ikal mayang. Sungguh cantik.

Ada sehelai dua rambut Afrina yang menutupi matanya. Ariz merasa rimas melihatkan rambut itu. Perlahan tangannya menyelak lembut rambut Afrina. Kemudian dimain-mainkannya rambut Afrina. Naluri kelelakian Ariz berkocak hebat! Tanpa teragak-agak, dahi Afrina dikucup lembut. Syahdu dan kasih. Ariz seperti tidak menyedari perlakuannya itu.

“Dan… jika kau tak inginkan kita bercerai. Aku akan cuba, cintakan kau Afrina. Aku akan cuba buka pintu hati aku buat kau.Ya, buat kau! Aku akan cuba… I’ll try…Meskipun hati ini pernah disakiti oleh seseorang yang aku pernah cinta.Izleen. ”

Ucap Ariz tulus.Nada suaranya agak bergetar saat nama Izleen disebut.Bibirnya diketap kuat. Wajah Izleen bermain dimatanya.Segera dibuang jauh.Benci! Wajah Afrina ditatap lagi. Ariz kemudian mengelus lembut pipi halus Afrina. Ariz tersenyum . Reaksi wajahnya terus berubah saat merasakan kehangatan di pipi Afrina.

“Demam ke??”

Soal Ariz sendiri cemas. Kemudian dahi Afrina disentuh dengan belakang tapak tangan Ariz. Ya! Demam! Ariz segera bangun dan mengalihkan tuala dari rambut Afrina. Kemudian Ariz segera menggendong tubuh langsing Afrina. Dadanya berdebar kencang! Hanya tuhan sahaja tahu perasaannya di saat itu. Rasa malunya dibuang dan dialih rasa kasihan.Afrina pasti tidak selesa dan merasa kesejukan jika tidur dalam keadaan begitu. Afrina masih tertidur. Tidak menyedari apa-apa. Ariz kemudian meletakkan lembut tubuh Afrina di atas katil dan diselimutkannya perlahan. Afrina masih lena. Ariz hanya tersenyum. Pipi Afrina dielus lembut. Adakah dalam masa yang singkat ini aku sudah mula menyayanginya? Soal Ariz sendiri.Ariz kemudian berhenti mengelus pipi Afrina. Ariz tersenyum hambar. Dia masih keliru akan layanan bagaimana yang harus diberikannya kepada Afrina. Sebagai teman? Ya, dia memang menganggap Afrina sebagai seorang teman. Namun hatinya berkata sebaliknya. Sayang? Ya, Ariz menyayangi Afrina sebagai seorang teman. Atau sebaliknya? Ariz merengus kasar. Serabut!

Ariz kemudian mengambil sebiji bantal disebelah Afrina.Dia memang takkan cuba tidur bersebelahan dengan Afrina. Dia faham akan situasi dia dan Afrina.Afrina pasti akan bersangka buruk dengannya. Lagipun Afrina seperti terkena demam dan harus berehat secukupnya.Ariz sedikit hairan.Bagaimana dia boleh terkena demam? Ala, demam datang kan tak usah dijemput? Bisik Ariz di dalam hati.Ariz sebenarnya risau jika Ariz tidur di sebelah Afrina,Afrina pasti tak akan dapat tidur dengan selesa. Berjaga-jaga supaya Ariz tidak menyentuh nya! Mungkin? Ariz mengeluh lemah. Dia lebih rela memberi Afrina conquer satu katil itu! Sekilas wajah Afrina dipandang. Ariz automatik tersenyum manis. Senyuman Ariz segera pudar. Kepalanya digeleng laju. Seakan orang tidak betul.

“Kau ni dah kenapa Ariz??”

Soal Ariz sendiri kehairanan.

“Meroyan!!”

Ariz mencebik.

Dengan dahi berkerut Ariz melangkah ke arah sofa.Untung ada sofa kat biliknya.Kalau tak ada, memang lantai lah tempat tidurnya ! Sebenarnya tak adalah sampai kat atas lantai. Anak Datuk Datin tak akanlah.Perlahan tubuh Ariz dibaringkan. Cuba mencari baringan yang selesa. Tangannya diletakkan di atas kepala. Memikirkan seribu satu masalahnya. Matanya kemudian melirik ke arah katil Afrina. Afrina tidur nyenyak.Bom meletup pun belum tentu bangun! Ariz kemudian mengeluh lemah.

“Betul ke aku dah sayangkan dia?”

Soal Ariz sendiri lagi separuh berbisik. Dahinya dikerut-kerutkan.Tak mungkin! Ehh ya! Hati Ariz dan fikirannya serabut! Mana mungkin dalam masa tak sampai 24 jam aku dah sayangkan dia?! Hati Ariz berperang. Ariz merengus kasar kemudiannya.Letih. Semakin lama, mata Ariz semakin berat. Perlahan –lahan Ariz memejamkan matanya. Ariz kemudian berpeluk tubuh. Tubuhnya dirapatkan.

‘Afrina’

Bisik Ariz di dalam hati.Kemudian lena.




No comments:

Post a Comment