AFRINA membuka matanya perlahan saat penggera telefon bimbitnya
berbunyi.Tangannya meraba-raba atas meja kecil di tepi katil.Mencari
telefonnya dalam keadaan mamai. Afrina kemudian mengangkat telefonnya
dan dimatikan peggeranya. Sekilas waktu diskrin sentuh telefonnya
dipandang. Jam menunujukkan pukul lima lima puluh tujuh minit
pagi.Afrina menguap lalu segera ditekup mulutnya menggunakan belakang
tapak tangan kirinya. Mata Afrina masih terasa berat. Namun cuba
digagahkan juga untuk mandi dan bersolat.Selimut yang menutupi hampir
seluruh tubuhnya dialihkan. Perlahan Afrina turun dari katil hinggalah
kakinya mencecah lantai. Rambut Afrina yang ikal dan panjang itu
kemudian dikumpulkan dalam satu genggaman. Ingin disanggulnya. Dalam
keadaan sedikit mamai keadaan seluruh bilik diperhatikannya. Matanya
tiba-tiba terbeliak.Dahinya tiba-tiba berkerut.
“YA ALLAH! Ni kan bilik Ariz?! Macam manalah aku boleh tak bertudung!”
Wajah Afrina berubah cemas serta-merta. Afrina segera meraba-raba
seluruh katil dan diselongkarnya untuk mencari tudungnya. Mata Afrina
kemudian tertancap pada tuala mandinya. Secepat mungkin tuala itu
diambilnya dan menutupi rambutnya. Afrina kemudian memandang pantas ke
sekeliling kamar dengan nafas turun naik tanpa henti. Mencari batang
tubuh seseorang.Afrina mencebik. Baru dia teringat, sejak malam tadi
Ariz tidak masuk ke kamar ini. Hati Afrina mulai merasa sedih. Pertama
kali dalam sejarah ada pasangan pengantin yang tidak tidur sebilik pada
malam pertama! Afrina kemudian mengeluh lemah. Situasinya lain. Afrina
kemudian mengerutkan dahinya.
“Kalau Ariz tak tidur kat bilik ni? Dia tidur kat mana ya?”
Soal Afrina sendiri. Afrina kemudian tersenyum tawar.
“Biarlah dia. Siapalah aku nak tahu…”
Afrina kemudian mengeluh lemah. Nada suaranya seakan menyindir dirinya sendiri.
Afrina mengalihkan lembut tuala mandinya dari atas kepalanya. Kemudian
dia meletakkannya di atas katil. Katil bekas tidurnya yang bersepah di
pandang agak lama.Dahinya kemudian dikerutkan. Reaksi wajahnya
kelihatan kehairanan.
“Aku tidur kat atas katil ke malam tadi?”
Soal Afrina kehairanan. Soalan bodoh sebenarnya! Jelas kali tadi dia bangun dari katil, mestilah tidur di atas katil!
“Setahu aku, malam tadi aku duduk kat atas sofa tu.Waktu tu, aku kan tengah tunggu Ariz…”
Jari telunjuk Afrina diunjukkan ke arah sofa panjang di penjuru bilik
yang membelakangkan Afrina. Nada suara Afrina hambar saat nama Ariz
disebut. Ya, memang dia tunggu Ariz! Afrina kemudian mencebik.
“Kalau tertidur kat atas sofa pun, tak mungkinlah aku boleh ada kat atas
katil. Mesti aku memang tidur kat atas katil! Mana lah tahu aku tunggu
dia tapi aku dah letih. So aku naik katil and masuk tidur”
Jari Afrina telunjuk Afrina dimain-mainkannya.Matanya kemudian memandang ke atas. Pandang apa pun tak tahulah!
Afrina mencebik lagi. Buat apalah perkara kecil terlalu difikirkannya?
Kepalanya kemudian digeleng-gelengkan. Afrina kemudian mengambil
tualanya semula dari atas katil dan melangkah menuju ke bilik air.
Langkah Afrina tiba-tiba sahaja mati saat dia terdengarkan bunyi
telefon bimbit bordering. Kemudian Afrina menoleh perlahan ke belakang.
Bukan telefon bimbitnya. Bunyi telefon bimbit bordering itu datang dari
arah meja kopi di sudut kamar yang terletak berhampiran dengan sofa
panjang di sudut kamar. Kelihatan telefon bimbit besar berwarna putih
itu bergetar di atas meja kopi tersebut.Nada deringnya tidak henti
berbunyi.
“Telefon siapa pulak tu?”
Soal Afrina
kehairanan. Hati Afrina seakan tertarik-tarik untuk melihat telefon
bimbit tersebut. Perlahan Afrina melangkah ke arah meja kopi tersebut.
Niatnya untuk ke bilik air terbantut seketika. Sebaik sahaja sampai
berhampiran meja kopi tersebut, Afrina segera mencapai telefon bimbit
tersebut. Afrina memandang skrin telefon itu sambil mengerutkan sedikit
dahinya.
“La , alarm rupanya?”
Afrina kemudian
tersenyum leret. Penggera telefon itu segera dimatikan. Afrina kemudian
membelek-belek telefon bimbit berskrin sentuh itu. Keningnya terangkat
sebelah.
“Ini macam telefon…”
Afrina kemudian membeliakkan sedikit matanya.
“Ariz??”
Afrina terkedu. Macam mana telefon bimbit Ariz boleh berada di sini?
Soal Afrina agak cemas di dalam hati. Tiba-tiba Afrina terdengar suara
seseorang seakan bernafas perlahan di belakangnya. Afrina menoleh
perlahan ke arah belakang lagi.
Hampir terlepas telefon bimbit Ariz
dari tangan Afrina. Afrina terkejut besar melihatkan Ariz sedang lena
tidur di atas sofa dengan hanya berbantalkan sebiji bantal. Afrina
memandang Ariz tanpa berkelip. Wajah Afrina pucat lesi. Nampaknya malam
tadi tubuh Afrina memang telah dialihkan seseorang. Dan seseorang itu
kemungkinan besar Ariz! Adakah Ariz? Soal Afrina tidak henti di dalam
hati. Wajah Afrina mula merona kemerahan. Namun hatinya tiba-tiba sahaja
terasa sebak. Sama ada Ariz yang mengalihkannya atau tidak, mengapa
seorang suami harus tidur di sini? Bisik Afrina sayu di dalam hati. Rasa
bersalah mulai menyerbu hatinya. Sedang Afrina tidur lena di atas tilam
yang empuk, suaminya sendiri pula tidur di atas sofa yang sememangnya
tidak selesa. Jelas sekali Ariz memang seorang yang bertanggungjawab dan
menghormati situasi mereka sekarang.Iaitu dengan tidak mencuba untuk
tidur di sebelahnya.Meskipun memang Afrina adalah isterinya yang
sah.Tetapi, bukan kerana kerelaan. Ya, Ariz memang menghormatinya. Sejak
dari dulu lagi, sifat budiman Ariz tidak pernah berubah.
Sofa
yang tidak sama panjang dengan ketinggian tubuh Ariz memaksanya untuk
mengerekotkan sedikit tubuhnya. Jelas sekali yang Ariz tidur dengan
tidak selesa! Keadaan Ariz yang sebegitu membuatkan hati Afrina terasa
sebak. Sampai bilakah keadaan mereka akan berlarutan sebegini? Sehingga
bercerai? Jadi apa maksudnya ikatan suami isteri buat mereka? Persoalan
demi persoalan timbul di dalam hati Afrina. Perlahan-lahan Afrina
melutut di hadapan Ariz yang sedang lena. Mata Afrina mulai berkaca.
"YA ALLAH, begitu mulianya gelaran seorang suami saat mengasihi seorang
isteri. Tapi bagaimana pula dengan situasi kami? Adakah aku ni
dikasihi, atau dikasihani? Adakah masih mulia gelaran si suami itu?"
Luah Afrina sendiri lemah. Nada suaranya agak sebak. Wajah Ariz yang
lena dipandang sayu. Afrina mengetap bibirnya. Afrina segera berdiri
tegak. Nafasnya tertahan-tahan.
“Tak Afrina, kau harus sedar.
Yang Ariz hanya kasihankan kau. Lagipun siapalah kau di hatinya? Mungkin
hanyalah seorang teman? Walaupun status kau sebagai isterinya, namun
itu hanyalah di atas kertas? Dan hatinya takkan mungkin berubah…buat
kau…”
Afrina cuba menyedarkan dirinya akan keadaan diri mereka.
Kenapa aku mengharap dia untuk menyimpan hati aku dihatinya?? Afrina
menyoal sediri dirinya. Jangan kata yang aku sudah jatuh cinta dengan
dia dalam masa sebegitu singkat?? Ah ! Tak mungkin! Afrina menafi isi
hatinya sendiri. Wajah Ariz ditatap lagi. Perasaan Afrina di saat itu
sungguh serabut!
Tubuh Ariz tiba-tiba bergerak. Membuatkan
Afrina sedikit tersentak. Secara drastik Afrina mengundurkan dirinya ke
belakang. Ariz kelihatan sedang merapatkan lagi tubuhnya.Kemudian Ariz
berpeluk tubuh. Ariz seakan kesejukan. Hati Afrina merasa sayu. Afrina
kemudian segera berjalan ke arah katil untuk mendapatkan selimut. Ya!
Selimut untuk Ariz. Dengan rasa sedikit segan, tubuh Ariz diselimutkan
perlahan hingga ke hujung kakinya. Afrina kemudian memandang wajah Ariz
kesekian kalinya. Ditatap penuh makna. Sekuntum senyuman secara spontan
terbit di bibir Afrina. Wajah Ariz sungguh kacak! Tak kira bagaimana
sekalipun raut wajah Ariz berubah-ubah. Namun tidak mengganggu kekacakan
wajahnya! Tangan Afrina seakan gatal untuk menyentuh ubun-ubun rambut
Ariz yang perang asli itu! Mata Afrina menjelajah seluruh wajah Ariz.
Setiap inci diperhatikannya. Ah! Sungguh kacak! Afrina tersenyum
memanjang sambil itu tangannya bergerak perlahan untuk menyentuh
ubun-ubun Ariz. Tiba-tiba pergerakan tangan Afrina mati. Senyuman di
bibirnya hilang serta-merta. Afrina menggigit bibirnya. Wajahnya mula
berubah rona.
“Apa yang aku cuba buat?”
Soal Afrina
sendiri seakan takut. Tapak tangannya yang sebentar tadi ingin menyentuh
ubun-ubun Ariz dipandang agak lama.Menggigil. Dahi Afrina
dikerut-kerutkan. Dada Afrina merasa sebak. Sudah tidak dapat ditahan
air matanya lagi. Setitis air mata mengalir dari tubir mata Afrina.
“Adakah aku dah mula sayangkan dia?? Dalam masa… masa sebegitu singkat ini?”
Soal Afrina sendiri tergagap-gagap. Tubuhnya seakan menggigil.
Dengan langkah longlai Afrina menuju ke bilik air. Afrina seakan orang yang bingung akan perasaan dirinya sendiri.
“Tak mungkin .”
Ucap Afrina separuh berbisik. Pintu bilik air ditutup perlahan. Afrina
kemudian bersandar padanya. Matanya kemudian dipejam rapat. Air liurnya
ditelan. Tak mungkin!!! Jerit Afrina di dalam hati. Air matanya
kemudian mengalir. Setitis demi setitis.
“APA sebenarnya dah jadi pada Raz aunty??”
Soal Aireen dengan nada sebak.Mata Aireen sembap kerana terlalu banyak
menangis sejak tadi. Setelah dimaklumkan akan keadaan Firaz pagi tadi,
Aireen tanpa menunggu masa segera ke rumah Firaz.Wajah Datin Rozita
dipandang penuh berharap. Inginkan penjelasan! Sambil itu, wajah Firaz
yang lena dipandang sebak.Ditambah lagi tangan kiri Firaz yang berbalut
kemas.Setitis air mata mengalir di pipi Aireen. Datin Rozita hanya
memandang sayu wajah Aireen.
“Aunty pun tak tahu Reen. Tapi selepas aje Raz angkat panggilan kamu malam tadi, dia terus jadi begini”
Ujar Datin Rozita lemah. Sebenarnya dia tidak ingin memberitahu Aireen
yang Firaz menjadi sedemikian kerana telah mengetahui yang Afrina telah
bernikah. Dan pada malam tadi juga,barulah Datin Rozita tahu yang
anaknya mencintai Afrina.Sungguh! Firaz tidak henti meracau menyebut
nama Afrina malam tadi sewaktu doktor membalut luka di tangannya.Setiap
desahan nafas Firaz hanya menyebut nama Afrina.Sehingga Firaz lena.
Datin Rozita hanya mampu melihat anaknya menderita. Sudah tiada gunanya
lagi untuk mencintai Afrina. Saat Afrina telah menjadi milik yang
lain.Datin Rozita hanya risau jika Aireen mengetahui perkara yang
sebenar. Sudah pasti hubungan persahabatn Aireen dan Afrina akan putus!
Dan hati Aireen pastinya hancur berkecai.Datin Rozita agak hairan.
Mengapa Firaz ingin bertunang dengan Aireen? Padahal hatinya bersama
Afrina? Ataupun Firaz sememangnya merahsiakan yang dia bakal bertunang
dengan Aireen daripada Afrina? Untuk apa? Dan adakah Afrina tahu yang
Aireen bakal tunangnya Firaz? Tapi Afrina sengaja buat tidak tahu dan
mencintai Firaz? Ah! Tak mungkin Afrina sebegitu rupa orangnya! Lagipun
Afrina muncul saat Firaz dan Aireen bakal bertunang.Afrina seakan baru
sahaja muncul dalam hidup mereka.Tapi bagaimana dengan masa yang begitu
singkat, Firaz bisa mencintai Afrina?Adakah masa lalu mempengaruhi cinta
mereka? Datin Rozita kemudian mengeluh lemah.Wajah lesu dan pucat Firaz
dipandang sayu. Hati seorang ibu mana yang tak sedih melihatkan keadaan
anaknya sebegitu?
“Tapi Reen tak cakap apa-apa pun pada Raz.
Reen Cuma cerita yang Afrina dah bernikah. Tu aje… Lepas tu, tiba-tiba
panggilan terputus. Aireen tak faham lah aunty!”
Terang Aireen
dengan nada yang sebak dan suara yang agak serak.Dahinya dikerutkann.
Hatinya masih tertanya-tanya bagaimana Firaz boleh menjadi sebegitu?
Datin Rozita hanya mengeluh lemah. Memikirkan apa yang harus dikatakan
kepada Aireen. Yang pasti jawapannya selamat!
“Sabar ya Reen? Aunty lagilah tak faham.”
Bohong Datin Rozita gagap. Wajahnya dikerutkan sedikit. Bahu Aireen
kemudian diusap lembut. Aireen hanya membisu. Matanya tidak putus
memandang wajah Firaz yang lena.Kenapa you boleh jadi macam ni Raz??
Kenapa?? Soal Aireen tidak henti di dalam hati. Air matanya mengalir
lagi. Wajahnya sudah kemerahan.
“Dah lah Reen. Reen kenalah
sabar dulu. Nanti bila Raz dah bangun, Reen tanyalah Raz sendiri ya?
Tapi janganlah terlalu memaksa. Bagi Raz bertenang dan berehat dulu.
Mungkin dia perlukan sedikit masa.Reen sabar ya?”
Datin Rozita
memujuk Aireen. Agak lama barulah Aireen mengangguk perlahan. Bahu
Aireen masih diusap Datin Rozita lembut. Kemudian dihentikan usapannya
pada bahu Aireen perlahan. Dahi Aireen kemudian dikucup kasih. Seakan
kasih seorang ibu.Cuba menenangkan hati Airee. Aireen hanya tersenyum
hambar.
“Reen tunggu sekejap ya? Aunty nak turun nak minta si
Lastri buatkan Reen air. Kasihan Reen dari datang tadi tak minum
apa-apa.”
Datin Rozita kemudian tersenyum manis memandang Aireen. Aireen mengerutkan dahinya
.
“Ehh tak payah susah-susah lah aunty!”
Larang Aireen. Tangan Datin Rozita dipegangnya lembut.
“Apa pulak susahnya? Aunty Cuma suruh Lastri buat aje.Bukannya aunty
yang buat. Menyuruh bukannya susah kan? Lagipun aunty kan bos? Bos mana
buat air? Kan?”
Tegah Datin Rozita sambil bergurau.Datin Rozita
kemudian ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri.Aireen hanya tersenyum
leret. Rasa sedihnya akan keadaan diri Firaz di saat itu masih
membelenggu dirinya.
“Okay lah Aireen tunggu kat sini ya? Sambil tu tolong tengokkan Firaz tau? Aunty turun kejap aje”
Aireen mengangguk perlahan.Datin Rozita kemudian berlalu pergi.
Sekuntum senyuman manis sempat diberikan kepada Aireen.Aireen
membalas.Kemudian pintu kamar ditarik Datin Rozita perlahan.Tertutup
rapat. Datin Rozita kemudian mengeluh lemah kesekian kalinya.
“Ya ALLAH, ENGKAU tabahkanlah hati Firaz anakku dengan segala ketentuan
MU.Dan ENGKAU kuatkanlah semangat Aireen untuk mengetahui kebenaran yang
sememangnya amatlah pahit buat dirinya.Amin. ”
Doa Datin Rozita. Bibirnya diketap.
“Lastri! Oh Lastri!”
Kemudian panggil Datin Rozita seraya beredar.
Aireen menarik kerusi dipenjuru kamar lalu diletakkan berhampiran katil
Firaz. Perlahan Aireen menghenyakkan punggungnya di atas kerusi
tersebut. Wajah Firaz ditatap agak lama. Sayu. Mata Aireen mula berkaca.
“What happened to you Raz?”
Soal Aireen lemah. Tangan Firaz kemudian ditarik lembut dan digenggamnya erat.
“Apa yang I salah cakap kat you sampaikan you jadi macam ni?”
Nafas Aireen tertahan-tahan. Setitis air mata mengalir dari tubir mata Aireen. Firaz masih lena.
“You tahukan yang I cintakan you? I perlukan you?”
Tangan Firaz semakin digenggam erat. Aireen pura-pura tersenyum. Air matanya mengalir lagi.
“Wake up Raz… please…”
Rayu Aireen sayu.Matanya berkaca.Tangan Firaz yang berada
digenggamannya diusap lembut. Aireen kemudian menundukkan
wajahnya.Aireen sudah tidak dapat mengawal rasa sebak di dadanya. Aireen
menangis teresak-esak.Di sisi Firaz.
“MENANTU mummy awal bangun?”
Tegur Datin Musfirah ramah sambil tersenyum cukup manis.Mereka
bertembung secara tidak sengaja di hadapan anak tangga saat Datin
Musfirah keluar dari kamarnya. Afrina sedikit terperanjat. Sejak keluar
dari biliknya tadi dia hanya termenung. Memikirkan tentang Ariz. Afrina
sebenarnya tidak ingin keluar dari kamarnya kerana masih merasa segan
dengan ‘keluarga’ barunya itu. Namun kerana Ariz masih tidur di dalam
bilik,membuatkan Afrina merasa malu dan tidak selesa.Disamping hatinya
tidak henti bermain dengan perasaannya sendiri. Lebih baik turun ke
tigkat bawah daripada terjun dari balkoni biliknya semata-mata untuk
mengelakkan dirinya daripada Ariz.Akur Afrina. Hatinya serabut!
“Err Datin?”
Afrina sedikit tergagap. Lalu tangan mertuanya segera disalami dan
dikucup.Afrina sungguh bersopan-santun.Datin Musfirah tersenyum
manis.Sifat Afrina membuatkan hatinya bertambah sayang dengan menantunya
itu.Datin Musfirah kemudian mengerutkan sedikit dahinya. Perkataan
datin membuatkan dia merasa agak janggal bila disebut menantu barunya
itu.
“Kenapa nak ber datin-datin dengan mummy ni? Afrina kan sekarang dah menjadi menantu mummy? Panggil mummy aje”
Tegur Datin Musfirah dengan senyuman yang masih tak lekang di bibir.
Afrina hanya tersenyum tawar.Lalu mengangguk perlahan. Meskipun dia
tersentak sedikit.
“Walaupun situasi kita agak berbeza Afrina.
Tapi ianya tak menghalang kita untuk menjadi mertua dan menantu yang
normal macam orang lain kan?”
Datin Musfirah memandang
dalam-dalam anak mata Afrina.Afrina akur. Dia hanya tersenyum tawar. Ya,
alangkah bagus jika kehidupannya berumah tangga adalah sama seperti
orang lain. Huh, status isteri A.K.A isteri bidan terjun ? Mengharapkan
kehidupan berumah tangga yang normal? Memang taklah! Tapi tak salahkan
cuba menjadikannya kelihatan normal? Afrina kemudian tersenyum manis
memandang Datin Musfirah.
“Ya dat… maksud saya mummy?”
Tergagap Afrina berkata. Nampaknya kena berlatih depan cerminlah
hari-hari! Afrina tersenyum manis memandang mertuanya. Datin Musfirah
tersenyum puas.
“Macam tu lah menantu mummy”
Puji
Datin Musfirah sambil mengusap lembut bahu Afrina. Wajah cantik Afrina
ditatap agak lama. Ya, memang tidak dinafikan yang menantunya sungguh
cantik! Malah jauh lebih cantik dari Izleen. Hidungnya mancung,
bibirnya merah bak delima merekah. Kulitnya putih gebu. Sungguh bertuah
dia mendapat menantu seperti Afrina.Lebih-lebih lagi Ariz yang
beristerikan Afrina! Namun begitu, hatinya diserbu rasa bersalah.
Afrina tidak seharusnya menjadi isteri Ariz secara terpaksa? Datin
Musfirah merancang untuk tidak terus menceraikan Ariz dan Afrina.Baginya
dia akan meneruskan hubungan mereka. Cinta selepas bernikah bukankah
lebih baik? Dan semestinya lebih indah. Tapi adakah Ariz dan Afrina akan
bersetuju? Datin Musfirah mengeluh lemah. Jika Ariz tidak bersetuju,
dia akan memaksa! Bagaimana pula dengan Afrina?
“Mummy??”
Lamunan Datin Musfirah terhenti saat mendengar Afrina memanggilnya lembut. Afrina kemudian tersenyum.
“Mummy okay ke tak?”
Soal Afrina kehairanan. Datin Musfirah hanya membisu sedari tadi. Datin Musfirah sedikit kaget.
“Err mummy okay aje lah. Err jomlah turun bawah. Kita breakfast? “
Datin Musfirah tergagap-gagap. Afrina hanya tersenyum sambil mengangguk.Masing-masing mulai melangkah menuruni anak tangga.
“Ariz mana ya Afrina? Takkan lah tak bangun lagi?”
Soal Datin Musfirah hairan.Kepalanya ditolehkan ke belakang.Memandang
pintu kamar Ariz yang masih tertutup rapat. Untung Ariz masuk ke
kamarnya. Puas dia memujuk anaknya itu. Akhirnya Ariz akur juga. Dia
melakukan sedemikian demi menjaga hati Afrina. Pengantin baru manalah
yang tidak berkecil hati saat pasangan mereka tidak tidur sebilik dengan
mereka? Lebih-lebih lagi di malam pertama? Afrina terkedu. Sewaktu dia
keluar dari kamar tadi, Ariz masih tertidur lena. Niatnya ingin
membangunkan Ariz untuk bersolat subuh tadi terbantut saat melihat Ariz
yang tertidur lena. Mungkin keletihan?
“Tadi dia dah bangun time Afrina keluar dari bilik tadi. Mungkin dia tengah mandi kut, mummy?”
Bohong Afrina teragak-agak. Datin Musfirah hanya tersenyum sungging.
“Oh macam tu? Tak apalah Afrina. Nanti dia turun lah tu”
Datin Musfirah hanya mengangguk.Dia faham akan situasi Afrina kini.
Mereka semestinya bukan tidur sekatil.Sebab itulah tidak bangun sekali.
Datin Musfirah mengeluh. Afrina hanya membisu.Bibirnya menerbitkan
senyuman plastik.
ARIZ membuka matanya perlahan. Keadaan di
sekeliling kamar diperhatikannya. Matanya kemudian melirik ke arah
katil biliknya yang telahpun berkemas. Batang tubuh Afrina tidak
kelihatan. Sudah pasti dia berada di tingkat bawah. Ah! Peduli apa aku!
Gumam Ariz di dalam hati.Menafikan kata-kata hatinya. Ariz kemudian
bangun dari baringannya. Ariz mengeliatkan tubuhnya.Mulutnya ditekup
menggunakan belakang tapak tangan kirinya saat dia menguap. Selimut
tebal yang berada di atas tubuhnya dialihkan ke tepi. Ariz kemudian
terkedu. Matanya kemudian tertancap ke arah selimut yang berada di
sebelahnya. Selimut tersebut segera diangkatnya lalu dibelek.
“Dari mana datangnya selimut ni??”
Soal Ariz kehairanan sendiri. Setahunya, selimut inilah yang
digunakannya untuk menyelimutkan tubuh Afrina malam tadi. Ya! Selimut
tebal inilah yang digunakannya! Dahi Ariz kemudian berkerut seribut.
Bagaimana selimut yang menyelimuti tubuh Afrina boleh beralih ke
tubuhnya. Ariz kemudian tersenyum sendiri. Adakah Afrina yang
menyelimutkan selimut ini pada tubuh aku? Bisik hati Ariz. Ariz kemudian
tersenyum memnjang. Tiba-tiba wajahnya berkerut . Selimut tebal yang
berada di tangannya kemudian dicampaknya ke atas lantai.
“Kau ni dah kenapa Ariz? Jangan kata yang kau… dah sayangkan dia?”
Ariz tergagap-gagap. Kemudian dia segera berdiri tegak.Wajahnya mula berubah bengis.
“Tak Ariz… kau kena tahu. Setiap orang yang kau sayang, selalunya akan menyakitkan hati kau! Macam…”
Kata-kata Ariz kemudian putus. Izleen… Sambung Ariz di dalam hati.
Bibirnya kemudian diketap kuat. Ariz mencebik. Dengan langkah kasar,
Ariz melangkah menuju ke bilik air.
“ASSALAMUALAIKUM Mak Nah. Ada apa-apa yang Afrina boleh tolong?”
Sapa Afrina ramah.
“Ehh Afrina?? Waalaikumussalam! Tolong? Tak payahlah Afrina. Semua ni memang kerja Mak Nah.”
Larang Mak Nah.Nada suaranya agak kaget dengan kemunculan Afrina
secara tiba-tiba.Tangan tuanya itu laju memasak.Mak Nah, tukang masak
yang sudah berkerja di rumah Ariz hampir tiga tahun itu hanya
mengukirkan senyuman manis. Sekali-sekala wajah cantik Afrina
dikerlingnya. Afrina hanya mengangguk sambil membalas senyuman Mak
Nah.Manis.
“Mak Nah masak apa tu?”
Soal Afrina lagi sambil menjengah ke dalam kuali.
“Masak nasi goreng, Afrina.Buat sarapan sekejap lagi”
Jawab Mak Nah dengan senyuman tak lekang di bibir.Afrina hanya sambil
bibirnya menguntum senyuman. Matanya tidak putus melihat setiap
pergerakan Mak Nah.
“Baunya sedap sangat ni Mak Nah!”
Puji Afrina sambil mengerling ke arah Mak Nah.Mak Nah hanya tersengih.Kembang bila dipuji.
“Yeke? Tu baru bau, belum rasanya lagi.”
Pandai juga Mak Nah berseloroh.Menceriakan suasana pagi.Afrina hanya tersenyum.Kepalanya mengangguk laju.
“Kalau macam tu, bila dah siap nanti,tambahlah dua tiga pinggan Afrina?”
Saran Mak Nah sambil tersenyum. Afrina mengerutkan dahinya.
“Dua tiga pinggan Mak Nah? Emm naik nanti berat badan Afrina.Naiknya
bukan setiap minggu, tapi setiap hari! Iyalah hari-hari makan masakan
Mak Nah yang sedap tu!”
Afrina menyambut saranan Mak Nah secara
terbuka.Sambil itu ada juga pujian dan gurauan terselit di dalam
kata-kata Afrina. Mak Nah hanya tertawa kecil. Afrina sememangnya ramah
orangnya.Kerana itulah dia mudah mengenali Afrina.Hanya sekali sahaja
bertegur dengannya, Afrina mudah sahaja merapatkan hubungan mereka.
“Baguslah tu, nanti badan dia mesti tembam macam Mak Nah ni. Badan tembam ni bukan biasa-biasa tau! Menarik gitu!”
Mak Nah masih pula yang bergurau.Sambil itu Mak Nah bercekak pinggang
seperti model untuk menjadikan gurauannya. Afrina sudah ketawa mengekek
melihat gelagat mencuit hati Mak Nah. Nasi goreng di dalam periuk sudah
pun selesai dimasak.Mak Nah mematikan dapur gas. Kemudian Mak Nah
memusingkan tubuhnya menghadap Afrina.Mak Nah tersenyum
manis.Menampakkan barisan giginya yang tersusun dan belum dimakan dek
ulat. Afrina masih ketawa.
“Mak Nah ni. Ada pulak macam tu? Mak Nah tak apalah badan tembam.Mak Nah kan comel? Afrina pulak nanti tak lawalah!”
Ujar Afrina dengan ketawa yang masih bersisa. Mak Nah hanya tersengih
bila dipuji Afrina begitu. Mak Nah kemudian mencari akal. Ingin mengusik
Afrina .Untuk menggamatkan lagi suasana ceria mereka. Apa nak dibuatnya
lagi? Kerja memasaknya sudah pun selesai.Masakannya hanya perlu
dipindahkan ke mangkuk dan dihidangkan sahaja lagi.Mak Nah kemudian
tersenyum nakal.
“Apa pulak tak lawanya? Nanti Encik Ariz
sukalah! Iyalah, badan tembam Afrina ni nanti, sedaplah dipeluknya waktu
tidur. Gantikan bantal-bantal kat bilik Encik Ariz tu! Bertambah
romantiklah hubungan suami isteri Afrina dan Encik Ariz nanti!”
Mak Nah kemudian ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Afrina
terkedu. Wajahnya mulai merona kemerahan. Mak Nah hanya tersenyum
memandang Afrina.Dari tafsiran wajah Afrina sahaja,Mak Nah sudah tahu
yang Afrina merasa malu. Afrina dan Mak Nah kemudian bertentang mata.
Mak Nah tersenyum nakal lagi. Menduga Afrina!
“Bibik mana ya? Mak Nah ”
Soal Afrina dengan nada suara yang bergetar.Cuba mengalihkan topik.
Wajahnya terasa hangat menahan malu. Diikutkan hatinya, mahu
dicubit-cubit mulut celupar Mak Nah tu! Afrina kemudian mengetap bibir.
Peluk apa bendanya? Tidur sekatil pun belum tentu nak! Romantik?? Err in
my dream! Omel Afrina di dalam hati.Mak Nah hanya tersengih seperti
kerang busuk. Faham sangat akan perasaan Afrina saat itu! Iyalah! dia
pun pernah merasa muda dulu!
ARIZ mematikan langkahnya untuk ke
dapur saat terdengar perbualan Mak Nah dan Afrina yang ada mengaitkan
namanya sama. Wajahnya mula terasa hangat dan merona kemerahan. Sama
seperti Afrina. Ariz menggigit bibirnya.Rasa malu menyerbu dirinya.
Kenapa kau perlu malu Riz?? Bisik hati Ariz.Kata-kata Mak Nah
terngiang-ngiang di telinganya.Ariz kemudian mencebik. Please lah! Tidur
sekatil pun tak! Nak berpeluk and buat drama romantik? Never! Nafi Ariz
sekerasnya di dalam hati.Untuk menghilangkan rasa malunya.Niatnya ke
dapur untuk minum air dibatalkan.Tekaknya sudah tidak terasa kering.
Ariz kemudian mengatur langkah menuju ke arah meja makan.Menunggu
sarapan dihidangkan.Sambil itu wajahnya masih merona kemerahan.Tanpa
disedari, bibirnya menguntumkan segaris senyuman.

No comments:
Post a Comment